Sunday, August 31, 2008

Al Mubarak

"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Selamat datang, al Mubarak. Wah.. tup tap tup tap dah masuk bulan posa balik dah rupanya ek. Huhuu. Kejap sangat je aku rasa. Rasa cam baru je ari tu aku raya. Hahaha. Hmm.. selamat berpuasa buat semua yang berpuasa. Penuh lagilah ibadat puasa kita sebulan lagi tahun ni hendaknya. Amiin...

Owh.. sebelum aku terlupa, aku ada TRIVIA untuk bulan puasa tahun ni. Dengan bangganya aku mengumumkan bahawa tahun 2008 ni adalah kali pertama aku menyambut Awal Ramadhan @ first day puasa di rumah aku bersama family aku sejak tahun 2000! Hahaha.. kenapa jadi begitu? Mari kita imbas kembali, tuan tuan dan puan puan...

Puasa di sekolah memang best. 3 benda yang paling best bagi aku - firstly, pelita. Pelita tu anjuran Kelab IA, di mana keahlian kelab tu hanya dibuka 2 tahun sekali (akupun tak tau sebab apa dan bila tradisi tu diwujudkan). Maknanya, hanya batch SPM 97, 99, 2001 dan yang berangka ganjil sajalah yang diterima. Haha. Tapi aku pun tak berapa ingat, tahun bila sebnarnya yang batch aku diterima masuk - masa form 1 ke form 2 tah? Takpe, anggap je form 1. Hehe. Tugasnya senang je - budak² form 3 akan buat pelita tu (dari tin dan tiang kayu), and pacak di seluruh sekolah. Then, tugas² budak form 1 cam aku ni adalah menyalakan pelita tersebut. Hehe. Besh.. besh.. memang syahdu ah.

Secondly - songs request. Petang², lebih kurang time Asar (sepatutnya waktu riadah, tapi dilonggarkan; boleh jalan-jalan keliling sekolah atau just lepak kat dorm kot kalau tak silap), senior² akan bukak peluang request lagu raya (guna PA system kat DM, leh dengar satu sekolah). Bagi budak² junior cam aku ni, seriuslah sedih. First time dowh jauh dengan family. Haha sungguh kurang bijaknya aku masa tuh kan?

Thirdly - meriam tanah. Haha. Ini senior² aku yang main. Kitorang just tengok dari atas, dari dorm masing². Macam² bunyi ada. Ada yang menggegarkan satu bandar SP, ada yang just bunyi "kelepek!" je. Hauhuahua...

Waktu berbuka puasa. Hmm..
Masa form 1 aku tak berapa ingat. Masa tu makan belum brapa best gik, sebab kontrak belum masuk. Makan stil makcik library tu yang masak. Hehe. Dalam kul 7 or 6.30 ke atas camtu, aku n kawan² dah pun ready kat depan Dewan Makan @ DM tuh, dengan Baju Melayu putih penuh. Ada yang kalut pegi kantin, kununnya nak beli telur goreng or lauk pauk yang sedap (actually sedikit je sedapnya dari lauk DM). Then, solat terawih kat surau lama kat tingkat 3 (yang selepas tu dijadikan bilik bacaan, dan kini rasaya dah jadi sebuah dorm). Sekumpulan daripada AJK Biro Agama, bersama sekumpulan pelajar lelaki senior akan pegi untuk mengepalai solat terawih di ASPURI. Yang nyatanya, aku tak sempat nak join (sebab surau baru dah siap dalam tahun tu jugak - aku tak sempat nak jadi senior!)...

Form 2 pun lebih kurang sama, tapi nasik dah sedap sikit (sikit jelah). Form 3 - ada kelainan. Semua kena makan dalam kumpulan. Akupun dah tak ingat macam mana pembahagian kumpulan tu. Yang aku ingat, ada campur laki dan pompuan. Makan hidang, tak makan buffet dah. Setiap hari, kumpulan yang sama akan duduk di meja yang sama dengan orang yang sama. Hehe. Dan itulah tahun terakhir kita menyambut Ramadhan di sekolah, sebab bila naik form 4, dah tak sempat berpuasa kat sekolah dah, sebab by the time masuk je bulan puasa, mesti sekolah pun dah abis. Huhuu...

Tapi aku tetap sempat puasa di sekolah pada kelima-lima tahun, sebab masa form 4 aku sempat spend seminggu kat sekolah untuk Japanese Proficency Test. Ada 7 orang masa tu - aku, Abg Man, Lanz Shah, Ari, Awis, Ryan and Hasrul. Haha. Then masa form 5, of coz la.. SPM kan!

Tapi dalam 5 tahun tu, hanya masa form 5 aku sambut 1st day puasa di sekolah. Sebelum² tu aku mulakan bulan puasa kat rumah. And rupa-rupanya kali pertama aku tuh berlanjutan sampailah tahun ini.

2001 - SPM, sambut Awal Ramadhan kat sekolah
2002 - Matriks, sambut kat Kolej
2003 - sambut kat UNIMAS
2004 - masih kat UNIMAS, walaupun raya kat rumah
2005 - UNIMAS jugak
2006 - kerja; sambut kat KL
2007 - kerja jugak; buat ANGKASA1

Best kan? Kan? Lebih best lagi, family aku semua ada tahun ni - Aku, Abang, Keklin and Mama. Tok pun ada sekali. Cuma.. seorang je takde. And first time orang tu takde, dan takkan ada dah untuk mana-mana Ramadhan pun lepas ni. Hurm..

So, selamat berpuasalah ye. Jangan ponteng tau. Kepada yang boleh ponteng tu plak, jaga²lah. Jangan menayang plak kome tu leh makan ye. Tak manis kata adat, makruh kata agama. Okaylah. Aku nak gi kedai ni. Mama nak buat koey teow tom yam untuk berbuka ari ni. Erk.. mana plak kertas shop list mama tadi. Alamerk...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Pesta beribadah telahpun bermula
bersama tibanya Ramadhan yang mulia
rahmat Allah melimpah untuk semua hamba Nya
nikmat Allah mengalir mencurah curah

Meriahkan Ramadhan ini dengan beribadah
tingkatkan amal dan mujahaddah
banyakkanlah berzikir dan baca Al Quran
muhasabah dan sucikan hati

Seluruh anggota kita semua ada peranannya
perlu dijaga di setiap tindakan
hati yang telah bersih dan berakhlak mulia
di sisi Allah tinggi nilainya

Jagalah lidah dan tutur kata
jangan sampai mengumpat dan berkata kata dusta
pelihara mata dan jagalah telinga
agar berbuat yang diredhai Allah

Langkahkan kaki menuju kebaikan
jangan melangkah ke arah kejahatan dan maksiat
jika terhumban kekancah kehinaan
di dunia lagi beroleh pembalasan
puasa sekadar lapar dan dahaga...

:::::::::::credits to nadamurni:::::::::::::

4 comments:

-mighu- said...

be tough bro..
dah balik kl sound aku..

ajathajar said...

happy fasting! =)

- Jojoe Ali said...

Aku memang tough apa?!!
HAHAHA...

Anonymous said...

uwaa.. bestnye pose kat matgwar!!