Tuesday, September 2, 2008

Hidup Mesti Terus

Aku baru je lepas membaca.. or lebih tepat lagi mengimbas, aku rasa. Membaca blog lama aku. http://jojoeali.blog.friendster.com/. Haha. Rajin tul aku menulis masa tu. Macam-macam cerita jugak yang kuar. Aku bagi diri aku sendiri 4.5 bintang. Hehe.

Tapi nape skang ni aku dah jarang menulis? And bila aku menulis, kebanyakan hasil tulisan tu aku sendiri pun tak suka. Tak senang. Adakah ini menunjukkan jasadku mula kehilangan jiwanya? Atau sekadar hormon yang memenuhi rongga jasadku - petanda usiaku makin bertambah?

Mungkin. Segalanya mungkin, kata Zainal Abidin dalam Headwind. Heh. Tuntas aku terfikir - apa yang membuat aku semakin hilang? Cara hidupku? Kerja buatku? Pekerjaanku? Entah. Macam aku katakan tadi - MUNGKIN.

Atau aku sama saja semacam sesetengah golongan manusia - terlalu asyik mengikat diri dengan hidup lampauku? Tak sedia untuk mengalih bontot dan melangkah bersama perubahan dalam babak hidupku?

Oit Jojoe.. bangun la weh.. terlalu lama menyinggah di lipatan kenangan, takut nanti lama-lama tangan takkan mampu menguak halaman-halaman baru yang menimpa. Kan? hidup mesti terus.. hidup mesti terus, bro...

p/s : Gila, cakap sorang sorang.. sian aku.

4 comments:

-amirul faiz- said...

dulu hang rajin baca sbab baca komik..
hehe..
aku pun mengalami sindrom yang sama..
da malas nak membaca la ni...
slamat berposa...
weh..
nanti kita layan buffet..
maybe sabtu ni aku balik kedah..

zamyunited said...

best apa ckp sgsorg
hehehehe
jgn bukak posa sgsorg dh arr
sgt tidak cool...
huhuhu

Jojoe said...

Macam ada kesedihan dalam ayat itu, bro.. huhuu...

Haha teloq.. aku balik KL esok, kui 12pm.. kuang kuang kuang

paiz said...

mmg best bile baca blog sendiri.. nak2 entry yg dah btaun2 dulu.. bleh tgk cara kite tulis tu dah tuka.. kan? haha