Wednesday, August 20, 2008

Walimatul Urus.

Rumah aku dah mula meriah minggu ini, dan akan membawa ke minggu depan. Eh rilek.. rilek.. bukan aku, tapi ABANG aku yang nak kahwin. Esok, Jumaat 22 Ogos, akad nikah akan berlangsung pagi. Di masjid mana? Hehe aku sendiri pun tak sure sebnarnya...

Abang bertemu jodoh dengan buah hatinya sejak 12 tahun lalu. Yup, people came and go in his life since then, but jodoh is jodoh. Lepas putus, gaduh, baik baik, gaduh, putus, last² bersatu jugak kedua-duanya.

Jadi bersempena kemeriahan ni, aku nak jemputlah semua kawan aku yang aku kenal - dari zaman sekolah rendah, menganjur ke zaman sekolah menengah, termasuk zaman kolej dan terus ke zaman universiti, datang ke majlis perkahwinan yang julung-julung kali diadakan di rumah aku ni. Tak lupa jugak kawan-kawan dari zaman aku freelance dulu, serta kawan-kawan sekarang ni - zaman ASTRO. Tak larat laa nak sebut nama, so just datang kay. Tak tau rumah, call je. Phone aku on 24 jam. Insya-Allah.

Tengah-tengah meriah ni lah yang buat aku (dan aku pasti bukan aku saja) terkenangkan arwah. Arwah dah lama merancang untuk hari bertuah ni, tapi janji Dia yang sampai dulu. Takpelah. Aku pasti dia tengah meninjau dari sesuatu tempat yang jauh. Pasti sekali.

Ok. Itu saja. Bos, gua chow dulu aa. Nak gi Pudu aa, tiket balik tak beli lagi. Hauhuahua.

p/s : Datang, jangan tak datang. Jangan cakap aku tak jemput - semua yang kenal Baba, Jojoe, Hazaril, Firdaus, Fir, Pidoih, Pid adalah dijemput hadir. Jangan ngengada aa...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
untuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau ada
bila ku perlu untuk meluahkan rasa hati
dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kamu rasa

Siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain
kau mula mendapatkan aku
itulah aku padamu

Cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu
pernahkah kau ada
bila ku perlu
untuk menyatakan rasa sakit dalam diri
dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain
kau mula mendapatkan aku
itulah aku

Maafkan kerana ku tak pernah
terlintas untuk menulis padamu
sedangkan ku tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar
untuk kau melihat ke mataku

Siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain
kau mula mendapatkan aku
itulah aku padamu...


:::::::::::credits to faizal tahir::::::::::::::

2 comments:

-amirul faiz- said...

haha...
ada pun lirik lagu ni setelah puas aku mencari...
takmau letak lagu dia skali ka?
huhu..
thanx bro..

ajathajar said...

enjoy the nikah day.
heheh..
cam ko pulak nk nikah =)