Monday, July 28, 2008

Saja Nak Tulis...

Aku bangun tadi, sebab terjaga dek satu mimpi. Aku tengah bersembang dengan arwah. Aku tanya, "Apa lagi impian yang Abah nak capai dalam hidup ni?".. pastu arwah menjawab, "Abah tak mintak apa dah, cuma nak tengok impian Mama hang tercapai..".. Pastu aku tanya plak kat Mama, and dia pulak jawab "Mama nak pi Terengganu".. durhhh.. apa punya mimpi tah ni. Ok. Nanti aku nak tanya betul², apa Mama punya impian. Spesifik - bukan setakat nak anak² berjaya. Secara materi atau alami, bukan sekadar visi, ok Mama? Ermm.. al-Fatihah untuk Abah. Huhuu...

Oh ya. Aku tengah cari tiket Chelsea - Malaysia malam ni. Ada lagi? Hotline aku dah call dari tadi, engaged. Kedai² berkaitan pun takde orang angkat, maybe tak masuk keja lagi kot. And aku jugak tengah cari sapa² yang sanggup pegi dengan aku, sebab aku nak pakai jersi Malaysia.

Weh.. come one lah.. janganlah takut.. bukan nak mati pun. Paling teruk pun SEPARUH mati. Itupun kalau Chelsea KENA BELASAH. Bak kata cikgu Fizik aku, Encik Achutan Nair - "Siapa lagi nak nyanyi lagu Negaraku kita, kalau kita sendiripun tak mau nyanyi lagu Negaraku kita?". Paham kan?

So.. Ada beran? HAUHUAHUA...

p/s : sila rujuk kamus peribahasa untuk maksud "Ajak Ajak Ayam".

2 comments:

timbab2 said...

offside la...weekkk..belagak..frust sepanjang mlm tau...x tau pasaipa...gedik2 ja kot..tapi frust arr gak..waaa nak tgk anak didik abg zul..janji darah Malaysia...

Jojoe said...

abg zul? sapo?