Friday, June 13, 2008

Seni Dalam Kata.

Aku nak cerita pasal lirik. Bukan 'matanya lirik-lirik selalu' tu.. bukan. Lirik lagu la. Senikata. Korang suka tak lagu tanpa senikata? Ala.. konfrem ada orang akan jawab "suke je..".
Suka ek.. hurmm.. bagi aku 3 tajuk lagu tanpa senikata yang korang suka? He he he...

Senikata memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah lagu. Susah, dan jarang sekali dapat kita dengar seseorang memahami isi kandung sesebuah lagu tu tanpa mendengar senikatanya (kecuali orang tu poyo-poyo paham). Mood mungkin boleh dikesan - lagu ni sedih, lagu tu gembira dan sebagainya, tapi maksud sebenar yang tersirat? Nahi mungkin hei.

Jujurnya, aku bukanlah jenis manusia yang taat sangat pada senikata. 'Taat', maksud aku adalah terus sukakan sesuatu alunan lagu tu jika kata-katanya best. Tak. Tak semua lagu tulisan Allahyarham Rosli Khamis aku suka. Aku jenis yang lebih kepada melodi. Be it lagu Siti Nordiana sekalipun, kalau melodi dia best, LAYANKAN AJE.

TETAPI, aku jugak jenis yang patuh pada senikata. 'Patuh' maksud aku adalah mengikut turutan, aturan dan setiap bait kata yang terkandung dalam sesebuah lagu dengan tepat dan betul. Saya yakin betul, saya kunci. Hehe. Sebab pada aku, itu sajalah tanda penghargaan aku terhadap penulis-penulis lirik bagi lagu-lagu yang aku sukai. Yalah, aku bukan seorang pembeli album jugak, jadi banyak mana sangatlah yang dapat aku sumbangkan untuk naikkan royalti diorang kan? Bak kata Adlin Aman Ramli, penulis lirik tu dah bersusah payah gaduh dengan bini apa sume untuk cari lirik yang terbaik, jadi kita kena la apreciate. So jangan marah kalau aku betulkan lirik lagu yang korang nyanyi ye. Hehehe.

Lirik. Hmm. Aku lebih suka sebut senikata. Macam sedap. Andaikan tubuh badan kita macam lagu, senikata adalah apa yang kita tuturkan. Kalau setakat sign-language, mungkin akan ada orang faham. TA-PI, selalunya orang salah faham je kot. Hahaha. Senikata yang aku suka, tidak semestinya bersimpang siur berputar belit. Asalkan patah katanya indah, rima pantunnya cantik tapi masih boleh aku fahami dengan mudah, itu sudah cukup. Samalah dengan cakap. Cakap kena tersusun. Teratur. Patah kata kena elok, molek, sopan, tapi still tepat dan maksudnya tetap sampai pada orang kita tujukan percakapan tu. Kan? Kan?

KESIMPULANNYA - aku just nak suruh korang tengok satu rancangan ni. Setiap Sabtu dan Ahad, pukul 9 malam, korang tekan je 104 kat ASTRO korang tu. Kalau takde kat umah pun tak kesah, janji kat decorder tu tertulis 1 o 4. Nak tau lebih lanjut? Pergi je blog pengacara dia, link dia ada kat blog aku nih. Hehe. Tengok sampai habes tau. Ada nama aku. HAUHUAHUA gila mencapab aku nih.


p/s : Nampak sangat takde idea.

4 comments:

Anonymous said...

"time kasih sbb update"..

~hehe.. siot je! iklan rupenye.. cess.. den terkono..

ajathajar said...

x hbs2 dgn iklan.
cukup2 la iklan kt astro tu.
hehe..

Anonymous said...

Hehehe.

Skullsplitter said...

Ramai manusia mendengar lagu hanya pada irama & rentaknya sahaja. Tapi lirik semakin tidak dihayati sedangkan lirik sesuatu yang penting dlm penghasilan lagu kerana dr mana kita memahami sesuatu lagu jika tanpa liriknya. Dan jika dilihat disebalik lagu dan lirik itu ada tersiratnya sesuatu yang ingin disampaikan, cuma tiada yang mahu melihat lagu & lirik itu lebih mendalam. Sebagai contoh cuba hayati lagu 'Sahabat Gua' hasil ciptaan M.Nasir. Very good song & lyric! Tengok tersiratnya. =)