Monday, June 23, 2008

Penantian

Berapa lama mesti kunanti
sinar cahaya matamu
gemerlap bagai bintang
menghiasi malam
malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
lontaran suara dari bibirmu
memecah hening taman
taman syurgawi
pada sebuah hati yang sepi

Penantian.. suatu siksa
yang tidak tertanggung
oleh tubuhku yang kering dan layu

Kepastian.. suatu penawar
dalam suka dan duka
yang meniti hidupku...

Tiba-tiba aku teringatkan lirik lagu ni. Sebabnya? Sebab terdengar dari PC abang Raizal kat belakang ni. Hmm.. rasa²nyalah kan, lagu ni tentang apa ek? Mata siapa? Suara siapa? Hati siapa?

Memanglah - hanya penulisnya yang sebenar tahu amat akan maksud lagu ni, bukan aku. Aku hanya boleh mengagak.. boleh meneka, daripada apa yang aku rasa. Apa yang aku rasa?
Sedih. Sebak. Sayu. Itu saja. Tiada yang lain.. itu saja.

p/s : credits to zubir ali and harmoni.

5 comments:

ajathajar said...

asal aku cm x penah tau lirik ni.
hmmm..
aku rs lagu ni psl penantian la.
org yg tunggu bende yg x jd2.
mcm kte.
hehehe..
tetbe je.

faiz said...

beb.. aku pon takleh nk tangkap lagu dia mcmana..

nananananana~(cuba mencipta melody sendiri).. yg mcm tu kan? hehe..

Skullsplitter said...

Ermm.. Bagi aku lyric biase je.. Penantian cinta. Itu je.. Zubir Ali? Ermm.. Slalunya begitu la.

Jojoe said...

Erm.. camna kalau aku kata, 'MU' dalam lagu ni adalah Pemilik cinta yang teragung? Hurm...

Skullsplitter said...

Erm. Tah.. Rasanya tk sesuai kot. Ermm tapi tah la. But if nk dengar lagu-lagu untuk cinta teragungNya maybe boleh dengar beberapa lagu JS Kevin sebelum dia meninggal.