Gembira. Lebih pasti daripada tentu. Kerana apa? Kerana diri aku ini disayangi oleh orang-orang yang amat aku sayang. Sayang yang melimpah ruah. Dan kerana limpahan rasa sayang itu jugalah maka hati aku ini terseru dan terpanggil sekali untuk mengumumkan sesuatu. Harapnya semua menerima pengumuman aku ini, biar apa jua rasa yang bakal terbit pada akhirnya.
Setelah 3 tahun berlalu sepi, maka dengan ini secara rasminya empunya diri mengakui bahawa hati dan jasad yang bernama Hazaril Firdaus Ali ini sudahpun terisi dan dimiliki.
Oleh siapa? Oleh pemilik hatiku, yang tak perlu kurasa untuk disebutkan namanya di sini.
Dan kepada yang memiliki itu, terima kasih kerana sudi memiliki diri ini. Yang sedang membaca entry ini dengan perasaan yang gembira dan terharu untukku - sesungguhnya mereka ini semua temanku, maka dengan itu mereka jugalah yang sememangnya paling layak menjadi saksi..
bahawasanya aku sangat sangat sangat sayang pada kamu.
Dan dengan ini juga, sesungguhnya aku ingin kalian semua tahu bahawasanya tekadku untuk membuat pengumuman ini lahirnya daripada kekuatan yang terbit atas restu daripada semua - atau setidaknya 98% daripada kalian yang mengenali aku. Buktinya? Maklum balas ke atas Sistem Pesanan Ringkasku yang amat menggalakkan tempoh hari. Pada saat aku amat, amat memerlukan kekuatan dan pertolongan daripada orang-orang yang mengaku menyayangiku. Tanpa berlengah. Tanpa soal jawab yang berkajang-kajang. Hanya yang aku tahu, aku telah dihujani jawapan-jawapan yang berbunyi "settled".. or "dah.. jaga anak dara orang baik²" dan banyak lagi yang lebih kurang serupa, tidak lama selepas keperluan atas pertolongan kalian itu aku suarakan. Huhuu.. terima kasih sebesar alam aku beri. Kalianlah sahabat aku yang paling sejati.
Pengumuman ini mungkin menggembirakan banyak pihak, atau mungkin saja mendukacitakan banyak pihak yang lain. Maaf, tetapi ingin saja aku jawab - "Ada aku kisah?"..
Adakah aku patut menggembirakan insan-insan yang tak gembira atas kebahagiaan aku, atau pantas saja aku mengutamakan kegembiraan insan-insan yang selama ini menyayangi dan menyokong aku dalam apa jua urusan dan keputusan? Pilihan kedua lebih nyata, kan? Nah, maka muktamadlah jawapanku. Aku lebih suka menggembirakan orang yang gembira apabila aku gembira. Terutamanya insan yang satu tu.
Tak perlu ditanya mengapa, apa, bagaimana, atau bila ianya berlaku. Jika aku benar-benar ingin menceritakan tentunya sudah aku ceritakan dalam perenggan sebelum ini kan? Hehe.. kalian semua kenal amat aku ni, bukan? Sudah tentu akan kuceritakan juga. Sudah aku janjikan begitu sebelum ini, maka begitu jugalah yang wajar aku lakukan. Cuma masanya bukan pada tika ini, dan sudah semesti tempatnya bukan di gelanggang ini. Faham sangat kan?
Apa yang aku cakap ni? Entah.. yang lainnya aku sendiripun kurang faham, dan kalian pun tak perlulah susah² nak paham, kecuali satu - aku dah berpunya.
Kepada sesiapa juga yang menghantar permohonan sebelum ni - terima kasih berjuta.
Talian AFUNDI telah ditutup.
Sekian. Wassalam...
p/s : Oh ya.. lupa nak bagitau - Abah aku sempat jumpa dia ni. Dan Abah jarang komen, kecuali kalau dia tak suka. Maksudnya? Sekian sekali lagi.
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Kau datang bagaikan mimpi
kau hadir tak ku sedari
sekian lama kunanti
kau di sini
Mungkin kehendak Ilahi
segalanya kujalani
biar lelap tidurmu
dipelukku
Cinta ini kupersembahkan
setulus hati kasih
kepadamu
Seandainya engkau mengerti
hanya kau yang kumiliki
dalam hidupku
Kasih sayang ini
semoga abadi
kan kubawa sampai akhir nanti...
:::::::::::credits to misha omar::::::::::::::
Kau begitu sempurna
di mataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan slalu memujamu
Di setiap langkahku
ku kan slalu memikirkan dirimu
tak bisa kubayangkan
hidupku tanpa cintamu
Jangan pernah tinggalkan diriku
takkan mampu kuhadapi semua
hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
kau adalah jantungku
kau adalah hidupku
lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu
sempurna..
Kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikkan kata
dan hapus semua sesalku...
Kau adalah darahku
kau adalah jantungku
kau adalah hidupku
lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu
sempurna...
:::credits to andra and the backbone:::
Saturday, May 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
woot! woot!
jiwangs.
oi oi..
hutang aku x hbs byr lg.
hehehe..
semoga berbahagia di samping insan tersayang.
hahaha..
woohoo~!!
congrats!!!!!!
lucky her =)
dah2.
keje,keje.
sok2 nk bela anak orang tuh.. =P
happy always~!!
(aku penah jupe parent dia.. parent dia tak ckp ape pasal aku.. yess!!! yahuuuu.. bile kite nk kawen bang??)
Kawen bila pun boleh.. nikah je blom. HAUHUAHUAHUA...
nikah je blom?
hah!
kantoi!!
hahaha..
Yelah.. kita dah kawen kan, iz kan.. ngaku le nyah.. awww.....
ala biase la nyah.. jeles la tu tgk kebahagiaan kite..
Post a Comment