Saturday, May 10, 2008

Buat Seorang Mama...

Lorh.. aku baru je start tulis tajuk, dah rasa nak 'fail' dah.. aduhai..
Yupp.. inilah aku.. dan inilah satu topik yang aku tak pernah dapat tahan - IBU.
Hari ni Hari Ibu. Selamat Hari Ibu buat semua insan yang bergelar ibu di seluruh dunia. Atau seluruh semesta, jika ada. Oh ya - juga buat yang bukan insan. Yang menyalak, yang menyudu, yang terbang dan yang berenang - anda semua juga adalah ibu. Memanglah.. aku maklum sangatlah, anda takkan mampu membaca, apatah lagi faham apa yang aku coret di sini. Buat buat sajalah faham. Huhuu...

Aku dulu taklah macam ni sangat. Zaman kecilku, zaman remajaku, hati aku tak semudah ini tersentuh. Tapi lekak aku mencapai usia dewasa, sensitiviti aku terhadap topik yang satu ni makin menggunung.. maha menggila. Entah sebab apa, aku kurang pasti. Tapi aku selesa dengan rasa ini, kerana ia membuktikan aku masih punya hati.

(Err.. penggunaan 'ia' dalam frasa sebelum ini adalah salah ya, adik-adik. 'Ia' hanya merujuk kepada manusia, juga singkatan bagi 'dia'. Bukan untuk entiti bukan-manusia atau abstrak ya. Faham ya? Bagus...)

Biar aku cerita tentang ibuku. Atau ibu-ibuku, lebih persis. Kenapa 'ibu-ibu' bunyinya? Baca sampai habis ya, kamu. (@#%!^&*%^).

Salah seorang daripada mereka bernama Mak. Tidak kandung, tetapi berkait darah dengan aku. Ya, kalian yang pernah mengunjungi lamanku yang lama (Aku.. Diriku.. Dalam Blogku 1) atau pernah terbaca tulisanku yang bertajuk "Aku Sayang Dia..." pasti maklum kan? Hmm.. Nak tahu besar atau tidaknya pengaruh Mak ke atasku? Ok. Pernah tak kalian terdengar atau tertahu (hehe) tentang pantang "jangan lipat kaki ke atas ketika meniarap, nanti mak mati" ? Dulu kakak aku pernah marah aku buat macam tu (kecil lagi lah, masa tu). Dia kata "jangan buat macam tu, nanti mama mati".. aku selamba menjawab "takpelah", sambil sambung buat lagi macam tu. Kemudian kakak aku kata pula "jangan buat macam tu, nanti mak mati".. Dan terus aku jatuhkan kaki. Huhuu...

Baru sorang - blum cukup untuk menjadi ibu-ibu. Ok. Seterusnya buat ibu-ibu angkatku, Puan Filzah Yusof dan Puan Hajjah Ainon Md Daris - kuucapkan terima kasih atas kesudian 'memperanakkan' seorang HazarilFirdausAli. Dua orang Mama tumpang. Sungguh-sungguh aku berterima kasih.

Hebat kan aku, ramai ibu? Huhuu.. aku mungkin ada ramai ibu, dengan bermacam-macam panggilan dan gelaran. Mungkin akan bertambah ramai pun selepas ni. Tapi bagiku, Mamaku hanya seorang. Here goes...

Hurmm.. Ibu kandungku bernama Mama. Hehe. Nama rasmi beliau Azizah.. bintinya Othman. Hari ini beliau berusia genap 60 tahun 1 bulan 14 hari. Tapi bagiku, Mamaku adalah seorang gadis sunti berusia 16 tahun. Dan ya, masih bujang. Hehe.

Mama seorang wanita yang kuat. Malah wanita yang paling kuat pernah aku temui. Tak pernah hatta sekalipun aku atau sesiapa saja berkesempatan melihat Mama menangis. Sekalipun tidak. Hatta pada saat-saat pemergian arwah ayahnya (Tok Wan aku) wahima arwah suaminya (Abah aku) sekalipun, Mama tetap tenang.. setenang Mama yang aku kenali. Itu satu. Dan doa Mama dapat kurasakan amat-amat-amatlah mustajab. Solatnya tak pernah ditinggal (tak seperti anaknya yang seorang ni). Tetapi masih rock. Banyak yang aku belajar daripadanya - daripada ilmu-ilmu yang berguna hinggalah kepada ilmu-ilmu yang agak rapu (e.g. lirik lagu lama etc.. dan oh ya, Mama minat Riz. Hehe.). Wasatiah - terma yang paling sesuai. Dan satu-satunya impian aku buat masa ini adalah untuk membahagiakan wanita ini. Dan semoga Dia kabulkan impianku yang satu ini. Amin.

Selamat Hari Mama, Mak, Mummy, Umi dan Ibu untuk semua.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Ketika aku dibelai
kasih sayangmu terindah
kau tersenyum bila melihat diri ini

Kini ku telah dewasa
kasih dirimu tak berbelah bagi
hanya pada diriku

Seharum bunga indah
pelukanmu itu sayang
bak awan biru melindungiku

Hanyalah kasihmu yang aku perlu
tiada duanya untuk kubandingkan darimu
hanyalah kasihmu oh ibu
biarlah bersemadi dalam hati
buat selamanya...

::::::::::::credits to burn::::::::::::::::::

2 comments:

ajathajar said...

kakak aku x nah mrh klu aku silang kaki.
tp mak aku yg mrh.
tp aku wt jgk.
cm karut je mende2 2.

Anonymous said...

memang la karut..
tapi ada membe aku ni selamba je cakap "ala.. kalau tak silang pun mak kita memang akan mati jugak nanti"..
HAUHUAHUAHUA...