(311007, 2055hrs : Blog ni aku tulis last week, tak sempat publish. So, pardon the broken timelines ek.)
Bukan mudah menuju tangga ke angkasa..
bukan mudah mengubah mimpi jadi realiti...
Besok 21hb Oktober 2007.. 1837hrs - mamat yang sorang tu akan balik ke Bumi yang bertuah ni. Huhuu.. memang.. memang bukan mudah nak ke angkasa nun.. bukan setakat tak mudah, malah lebih jauh daripada susah! Dia dah lalui macam-macam ujian.. bermula dari ujian kecergasan, kesihatan, IQ hingga ke personaliti.. dah lulus semua tu baru dia leh dipilih menjadi THE ONE.
Tiba-tiba je dia jadik HERO. Lebih hero daripada Masi Oka pun. Heheh. And I bet he is the only HERO in this Angkasawan drama that most of us know. Tapi macamana pulak hero-hero daripada bahagian-bahagian lain yang kita tak tau? Sebenarnya Projek Angkasawan Negara ni dah bermula berpuluh tahun yang lalu lagi, bilamana Datuk Mazlan and the team mula-mula brainstorming untuk membuka Planetarium dan Pusat Sains Negara - itu baru layak kita panggil titik tolak bermulanya projek terulung ni.. (ulung ke? hurmm.. at least, ulung bagi negara kita - jadilah tu..)...
Projek ni sendiri secara rasminya bermula lebih 3 tahun yang lalu, apabila Malaysia mula membeli Sukhoi. Tau apa itu Sukhoi? Kalau tak tau, silalah tengok channel Angkasa1 di rangkaian 588 ASTRO ye.. hehe.. lepas je Russia offer satu pakej 'penumpangan' angkasawan dari Malaysia, masa tu lah Datuk Mazlan dah start menyusun segala-galanya secara rasmi. Prof Dr. Abd Rahman Jamal pun mula mengumpulkan team saintisnya tak lama lepas tu - yang akhirnya menyenarai pendekkan 3 eksperimen utama untuk 'ditekan' oleh mamat tu.
So kalau tanya aku, hero sebenar bukanlah Dr. Sheikh Muszaphar Shukor seorang, tapi ramai lagi yang terlibat. Malah lebih ramai lagi yang lebih terlibat daripada Dr. Sheikh sendiri. Hero terbesar bagi aku adalah Datuk Mazlan, kerana dialah orang yang menyedia dan membawa segala impian dan perancangan ke alam nyata seperti yang kita saksikan hari ni.
Hero kedua pulak yang aku nampak adalah Dato' Sheikh Mustapha Shukor Al-Masri, ayahandanya Dr. Sheikh atau Mus, macam yang family dia panggil. Nak tau sebab apa? Ok, bayangkan. Dr. Mus lahir tak cukup bulan, and berat dia tak sampai 3 lbs. Doktor sendiri yg cakap, dia takkan cecah 6 kaki (big deal? aku pon! HAHAHA). But do u know wut did this old man did? Dia antar Mus pegi gym.. n put Mus into swimming classes, and trained him real hard. All of those have made Dr. Sheikh Muszaphar Shukor as who he is today - the pride of our nation!
Ramai lagi hero dalam cerita angkasawan ni. Sama macam cerita angkasawan dalam ARMAGEDDON - ada Bruce Willis. Ada Ben Affleck. Ada other crew members, termasuklah yang 3suku taknak balik tu, yang utang belambak tuh. Ada President of the States. Pengarah Projek. Kolonel tuh. Ada the whole family of NASA. Sama je. Yang ni pun lagi ramai. Ada Dato' Seri JJ. Ada Dato' Seri Najib. Ada Pak Lah. And jangan lupa the real man behind all these - our most belovered Dr. Mahathir Mohamad.
So, need to ask more? The Hero should not necessarily be that person who enters the frame first, or the most frequent to appear with most dialogues - but the persons who struggled to make all of those up. Aku bukan kata jangan sanjung mamat tu, or sesapa. But at least fikirlah dulu, jangan main ikut ja orang lain sokong kita pun sokong, orang lain suka kita pun suka. And paling pantang aku - orang lain benci kita pun benci. Huh.
Tahniah untuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masri - atas kejayaan saudara menjadikan impian para hero yang disebut di atas menjadi kenyataan yang amat membanggakan.
p/s : TAKZIAH, uncle and auntie. Juga buat Abang Ahmad, Abang Taufik and Abang Awis. Really sorry, we all semua tak sempat menjenguk. Insya-Allah all Angkasa1 punya team akan menjengah jugak satu hari nanti. Till that day, our prayers will always be by your side. Al-fatihah.
:::With greater power comes greater responsibilities:::
Saturday, October 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
nice entry..
aku copy sket kt blog aku..
tq =)
Post a Comment