Tuesday, April 15, 2008

Sesekali Teringat

Sedar tak sedar, dah pun 50 hari 51 malam berlalu. Namun barunya masih bisa segar kubau.
Doa.. rindu.. ingat.. kenang.. cerita.. lagi apa yang mampu aku buat?
Semoga apa yang mampu kubuat itu cukup untuknya. Hanya itu yang aku harap.

Mama pun dah makin kuat (kot). Dah boleh pergi kubur ari tu. Dan Mama nampak tenang di situ. Setenang tanah kubur yang masih merah tu. Namun sebenarnya tak siapa yang tahu dan paham, kecuali yang empunya diri. Itu aku sedia maklum.

5 Jun 2008. Malam ke-100. Malam Jumaat. InsyaAllah kesemua putera puteri abah yang bertujuh akan berhimpun kembali. Dan insyaAllah jugak kesemuanya akan berhimpun di tanah merah itu, untuk dibubuh tanda padanya. Hari kebumi dulu, Kak Linda tak dapat turut serta. Hanya kami berenam, menyiram air mawar bergilir-gilir mengikut turutan. Dan seperti biasa, aku lah yang last sekali. Hehe.

Dua pohon kemboja yang ada di situ mungkin terpaksa dibuang. Tapi kalau tak payah buang lagi ok kot, redup sikit Abah di situ. Dan juga Tok Wan, Pak Chaq dan Mak yang ada berhampiran.

Thanx untuk semua, sekali lagi. Dan kalau masih hutang Arwah dengan sesiapa, tolonglah jumpa salah seorang daripada kami. Tak kiralah siapa pun. Paling senang, tinggalkan saja mesej di sini, dan nombor telefon. InsyaAllah, aku akan ikhtiarkan. Sungguh sanggup aku bersusah payah deminya, supaya dia tidak bersusah payah di sana.

Untuk kesekian kalinya - doa kupanjat untuknya.
Abah, amanlah abah di sana.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



Di matamu masih tersimpan
selaksa peristiwa
benturan dan hempasan terpahat
di keningmu


Kau nampak tua dan lelah
keringat mencucur deras
namun kau tetap tabah


Meski nafasku kadang tersengal
memikul beban yang main sarat
kau tetap bertahan


Engkau telah mengerti
hitam dan merah jalan ini
keriput tulang pipimu
gambaran perjuangan


Bahumu yang dulu kekar
legam terbakar matahari
kini kurus dan terbungkuk

Namun semangat tak pernah pudar
meski langkahmu kadang gementar
kau tetap setia...

::::::credits to ebiet.g.ade:::::::::

p/s : al-fatihah...

3 comments:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Computador, I hope you enjoy. The address is http://computador-brasil.blogspot.com. A hug.

Anonymous said...

ehem ehem...orang la orang last siram (-^)

Anonymous said...

Iyolah.. iyolah..
Erm.. mamat Brazil ataih ni dok muhong apa tah.. macam dia paham ja bakap melayu.. mengong betui...