Happy New Year to every each and one of my loyal bloggers.. (eheh perasan).. so korang gi celebrate kat mane malam tahun baru ari tu? Ala.. banyak cara nak celebrate new year ni sebnarnye. Ada kawan aku si bhotak yang bernama Jimmy tu dia cakap nak dok umah je, bermuhasabah. Huhuu. Ada pulak kawan baek aku yang kecik sorang tu pegi Johor, celeb ngan balak dia. Kawan aku yang sorang lagi plak nama je keja ASTRO, tapi sanggup turun Shah Alam nak tengok konsert yang TV3 buat.. ampesss tul. Aku? Aku kena keja. Huhuu. TA-PI, aku tak kesah. Sebab apa? Sebab keja aku sangatlah bestnya! Hauhuahua...
Aku kena buat general interview (atau kita panggil vox-pop, originated from the phase vocals of populay yang membawa maksud vocals of god kalau ikut bahasa Greek kot kalau tak silap aku, sebagaimana yang diajar oleh kawan aku, si Isk tu) dengan artis² yang perform kat Countdown Concert KLCC malam tu, organized by PETRONAS and ASTRO. Ala.. aku ada cakap dalam blog aku seblum ni kan? Haa.. bezanya, aku bukan duty sebagai part of production team for that concert, but for my Trek. Sebab Jimmy si bhotak tu rupanya kena bertugas di konti Era yang sangat tak bestnya tu (hauhuahua muhasabah la sangat), so aku kena la enterframekan tangan aku yang cute nih. Hauhuahua...
Among the artists at that evening were Atilia (bini orang yang sangat cute dan baik hati) & mom - Salamiah Hasan, Ramli Sarip (yang lepas siap interview ngan kitorang terus je beliau lepak dalam media box, tanak kuar² lagi dah sampai turn dia dalam lebih kurang 2330hrs), Ning Baizura, Liza Hanim, Search, Imran Ajmain (yang sangatlah tingginya - maybe Singapore punya nasik lebih berkhasiat dari nasik Malaysia kot), David Arumugam (dengan tagline dia yang tak dilupakan - timakaseyyyy), Joe Flizzow & Andika from Phlowtron, Noryn Aziz (wheww.. she's damn hot, man!), Fransesca Peter, Datuk A Rahman & isteri - Datin Azizah Mohamed and many more. Tapi paling aku takleh lupa adalah bilamana Fran & her sis (her manager) cakap muka aku cam budak umur 18 tahun! Hauhuahua.. That nite was damn great, especially the bunga api part. Itulah jarak paling dekat pernah aku tengok bunga api (around 20m between me and the hill where all the bunga api were put and installed).
Aku abiskan kerja aku menginterview semua star tu dalam lebih kurang 2345hrs, dan tetiba je aku rasa kelaparan yang amat sangat. Teruslah aku sambar nasik tapau yang memang dah disediakan sambil menanti detik 12 malam. Aku start makan kul 2355, and stop kejap bila tinggal 20-30 saat je lagi ke tahun baru 2008, dan sambung balik makan lepas tu. Bak kata our Executive Producer, Abg Raja, "Ko ni sempat lagik makan ek.. 2 tahun lak tu nak abiskan makan tu pun!".. hehe.. kepada yang tak paham lawak di atas, aku ringkaskan gini lah. Aku mula makan pukul 11.55 malam pada 31 Disember 2007, dan hanya selesai makan dalam lebih kurang pukul 12.15 malam pada 1 Januari tahun berikutnya. So, kira DUA TAHUN la! HAUHUAHUA...
Lepas dah selesai konsert tu, kena lak menapak cari LRT (takde sape yang drive, and aku yang datang ikut krew pun tak ikut diorang balik sebab nak tengok bunga api). But at last surrender gak cari cab (sebab aku yang berdiri non stop dari petang sudah kesakitan, plus kaki Mimie pun sakit balik). Cab tu charged us RM30, yang aku rasa sangatlah murahnya. Aku budget malam tu semua cab akan kapak sampai RM50 at least, tapi rupanya meleset gak. Heheh. Sebab kalau ikut tambang cab yang selalu aku naik, tambang yang sebenar dalam lingkungan RM20 lebih² sikit la. So, RM30 was not bad at all, was it? Hehe.. So, itu jelah cerita malam tahun baru aku.
Besok tu, aku seperti biasa berkhidmat sebagai supir si Mimie, memandangkan kaki beliau sudah hampir tidak berfungsi seperti biasa lagi. Destinasi kali berbunyi agak berfaedah - kitorang pegi berubat dengan sorang Pak Aji ni yang berpangkalan dekat² area KDU tuh. Pak Aji tu cakap Mimie just sakit sendi, so dia tarikkan urat je. Diorang (Mimie's siblings - Kak Elly and husband, Abang NZ) paksa aku checkkan diriku yang sering saja sakit kepala, so aku pun serah je la diri kat Pak Aji tu. Dia tanya nama aku, tanya nama mak aku. Pastu dia checkkan nadi aku. Dia cakap darah and angin dalam badan aku naik turun. Kejap tinggi, kejap rendah. So dia check lak pakai alat check tekanan darah tu. Darah aku sikit above border katanya (well, no doubt la.. tengok la lengan aku besar mana.. mengong sedikitlah Pak Aji ni rasenye), tapi normal je. Dia cakap nak elok kena bekam. Huhuu.. menengok si Abang NZ bekam pun aku dah ter'psiko' gila, so aku pun tak jadi lah nak bekam, dengan alasan aku akan datang kendian². Heheh. Iyolah tu...
Hari ni aku kembali ke opis, knowing that my hectic January is about to start, mulai besok. Huhuu. So itu jelah cerita aku untuk hari ni. Tak best pun kan? Hauhuahua. Oh ya.. I just received one text massage form my cousin, Abg Chaq tentang anak pompuan dia yang baru masuk Darjah Satu, which sounds as follows:
Respon Wawa tentang her 1st day in school: "Ayah, best gile la pi skolah. Kalau cuti pun Wawa nak pi skolah jugak bleh tak?"
Hauhuahua.. tak sangka ada gak yang mewarisi perangai aku yang gila nak ke sekolah. umur 4 tahun aku dah paksa mama abah aku antar gi tadika. Darjah 1 diorang hantar aku gi skolah, aku halau diorang pegi kerja, sebab dah syok gila dapat kawan baru. Sebab tu sampai skarang aku tak paham nape ada budak yang nangis tanak pegi sekolah. Mengong. Huhuu...
So kepada semua yang akan mula bersekolah atau akan kembali ke sekolah hari ni dan besok - my nieces and nephew Norfatin Amirah (Atin), Muhd Haris (Aish), Nooraina (Aina), Ummu Safwa (Wawa), Nisa Afrina (Nisa), Adi Farhan (Didi), si budak busuk Nurul Elfira Loy dan adiknya Ezlisa dan Ezrin - selamat belajar dan jumpa lagi bersama Abang Jojoe minggu depan pada hari dan waktu yang sama dalam rancangan "Kembali ke Sekolah"! Huhuu...
p/s : sape ade mesin masa, aku nak balik sekolah.. uwaaaa...
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Adikku muda remaja
awasi bila melangkah
wajahmu manis bak gula
pasti ramai kan tergoda
tidak dilarang kau bersuka
asal tahukan batasnya
jangan sampai adik terlupa
harapan dan cita-cita
Ibu dan ayah
menaruh harapan
agar kau berjaya
di hari kemudian
Bila tiba waktu petang
dari sekolah kau pulang
bergalas buku di pinggang
siapa lihat tertawan
adik masih bersekolah
awas segala dugaan
adik kan ambil periksa
agar senang masa depan
Tumpukan perhatian
dengan sepenuhnya
serahkan selainnya
kepada Yang Esa...
::::::::::::::::credits to sudirman - alfatihah::::::::::::::::::::::
Wednesday, January 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
happy new year jojoi!
mari ke sekolah bermi-rmi =)
2 tahun
kuat giler makan
Post a Comment