Sunday, November 16, 2008

Titik.



Aksara ini telah sampai ke wakafnya. Mungkin bukan tamatan. Mungkin jua bukan akhiran. Namun yang pasti, di sinilah penghujungnya perenggan.

Titik telah diletakkan. Noktah sudah dijatuhkan. Koma, soalan atau seruan - semua telah usai berperan.

Terima kasih buat semua. Maaf dan ampun mengekor juga. Aksara ini terpaksa berhenti. Nafas perlu dihela, jiwa perlukan rahat. Dan kuncinya, minda, perlu amat akan cuti.

Doakan semua baik baik saja. Dan moga mampu diri balik dan bangkit. Agar dapat terus berkata-kata. Mencantum kembali, bulat tinggi dan lurus tajam rupanya. Memacu semula, dari aksara ke aksara.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Aku relakan kau pergi dari sisi hatiku
begini lama setelah tiada jalan penyudah
jiwa yang hampa kan bertanya
apa.. masih..

Percintaan bukanlah kemahuan fikiran
di perasaan tersimpan segalanya rahsia
dan tiada dapat ku tahankan rindu itu..

Di antara kita bicara berbeza
siapa yang merasa dia melara
tiada upaya menahan derita
cinta yang hampa..

Seraut wajahmu yang paling indah
walau dia kekal di hati ini
seterusnya hidup
bersimpul di dalam diri ini..

Terlepaslah diriku dari rindu yang sarat
aku kini terlemas dalam sendu berbisa
selamanya...

:::::::::::credits to fauziah latiff::::::::::::::

Thursday, November 13, 2008

Tags, Tagged, Untagged

I have tagged you:- share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.peace~

That's how it's sent - unamended, unedited message from a busuk friend of mine, Misseur Nurul Husna. Dengki aa tu, takleh tengok aku dok diam kan? Plak tu, topik agak general lak tu. Susah la weii. spesifik la sket lain kali.. aiyoo.. ok ah.. aku try aaa.

1. Pergelangan tangan kiri aku penah patah. Aku pun tak sure bila, tapi rasanya masa form 2 kot. Aku ingat terseliuh je. Dalam setahun dua lepas, tetiba rasa sakit kat situ. Aku pun pegi la check, tup tup doktor kata penah patah. Kalau korang belek, stil leh nampak ada tulang yang tersembul, and leh rasa tak bersambung. Huhuu...

2. Aku takut raket karan pembunuh lalat. Cukup pantang aku nengok benda tu. Penah aku sampai pengsan sebab takut kena benda tu. Kat umah aku ada satu, dah patah dua dah. Bateri pun tah ke mana. Tapi jangan harap la aku nak sentuh.

3. Aku tak reti bawak motor clutch. Serius. Tak tau la bila aku nak blaja bawak. Idak le kot dah. Hauhuahua...

4. Aku suka minum air paip. Adik-adik, jangan tiru aksi ini di mana-mana paip pun ye. Hehe.

5. Aku suka cakap sorang-sorang. Haha. Jujur nih. Especially masa tengah drive sorang².

6. Telinga aku suka betray aku. Hmm.. yang ni ramai tau kot. Telinga aku akan jadik merah secara automatik bila aku marah, or panas. Well.. Malaysia is too hot, you know. Hauhuahua...

7. Aku ngilu bila tergigit kain atau terbayang orang gigit or cakar kain. And aku penah termuntah atas sebab yang sama. Ewww...

Dah. Serk, aku dah sempurnakan dah wasiat hang ni. Jadi dengan segala hormatnya, aku ingin menyerahkan tag ni kepada 7 insan bertuah, iaitu

- kakak aku Elin
- ofismet aku Eddie
- sahabat aku yang biol, Meown

Alaa.. tak cukup 7 laa. Yang laen suma Huserk dah amik la. Huhuu...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Raindrops keep fallin' on my head
and just like the guy
whose feet are too big for his bed
nothin' seems to fit
those raindrops are fallin' on my head
they keep fallin'

So I just did me some talkin' to the sun
and I said I didn't like the way
he got things done
sleepin' on the job
those raindrops are fallin' on my head
they keep fallin'

But there's one thing I know
the blues they send to meet me
won't defeat me
it won't be long till happiness
steps up to greet me

Raindrops keep fallin' on my head
but that doesn't mean
my eyes will soon be turnin' red
cryin's not for me'
cause I'm never gonna stop the rain
by complainin'

Because I'm free
nothin's worryin' me...


:::::::::credits to bj thomas::::::::::

Sunday, November 9, 2008

T.U.L.I.S

Kenapa aku jadi apa yang aku jadi sekarang? Hmm...

Aku suka pegi kedai buku. Memang dari kecik gi tu salah satu hobi aku, yang tak penah aku letak dalam mana² borang. Dulu setiap ari Jumaat, aku akan ikut Abah gi opis dia, sebab kat opis dia ada kedai buku. Antara buku² yang aku suka baca termasuklah The Famous Five (or dalam Bahasa Malaysianya "Lima Sekawan", walaupun hakikatnya diorang semua adalah sepupu dah adik beradik), The Hardy Boys (atau "Anak Anak Hadi"), Tiga Penyiasat dan bermacam macam judul siri penyiasatan lagi, tulisan Alfred Hitchcock dan Enyd Blyton. Sampai satu tahap tu aku penah buat name card, dengan title "Private Investigator" kat bawah nama aku. Tapi sorilah ye, aku tak penah bagi kat sape² pon sampai skarang (tah hilang ke mana dah ntah)...

Aku start membaca masa umur 5-6 tahun. Ayah yang ajar. Masa tu bahan bacaan aku hanya terhad pada majalah Gila Gila (memang tu la bahan bacaan pertama aku pun) je.. paper² buku² ni sume aku tak minat. Belum minat. Tapi aku pun tak sure camna aku leh mula membaca. Memanglah ayah yang ajar, tapi lebih kurang cam tiba² jugak laa aku terus pandai baca. And tiap kali aku membaca memang satu rumah akan jadi irritated la. Kuat kuat, seketul seketul. Plak tu, cara aku membaca amatlah kelakar. S.A sa, Y.A ya tu kacang la. Tapi bila sampai kat suku kata yang ada "NY" and "NG", aku fail. B.U.N.G.A jadi "bun-ga", P.U.N.Y.A jadi "pun-ya". Banyak kali orang tegur pun tak betul gak gi, sampai la masuk darjah satu. Kena tunggu cikgu gak yang betulkan kan? Hehe.

Bila aku masuk darjah 2, aku dah mula boring, sebab terpaksa tunggu Abah belikan buku baru dapat bahan bacaan baru. Buku² yang ada sume aku dah ulang baca banyak kali dah. Masa tu laa aku jumpe bahan baru. Dari buku aku update ke novel. Bukan apa, ni sume sebab Kakak and Kakchik (sepupu-sepupuku yang terchenta) banyak bahan yang satu ni. And novel aku yang pertama adalah novel tulisan Ahadiat Akashah, bertajuk "Kejora". Cite tentang sorang anak Mat Salleh yang minat sorang budak pompuan cun, tapi malangnya dia agak 'tak cun'. Kengkawan dia pun panggil dia Urko, so bayangkan la. Haha. Dia sanggup belajar pasal Islam, and dah sanggup nak 'potong' dah. And at the end dia mati sejuk dalam salji, sebab ikut budak pompuan tu senyap² sambut Krismas kat French (kot, kalau tak silap aku). Tapi seblum dia mati, sempat laa dia mengucap. Budak pompuan tu nampak orang mati dalam salji, tapi tak tau itulah "boifren" dia. Huhuu...

Lepas tu, abes sume novel Kakchik and Kakak aku baca, especially yang nipis la (ikut entry level la, mengong). Majoriti Ahadiat punye la. Huhuu. Dari situ la aku mula gilakan novel, sampai sekarang. Penah satu ari tu aku masukkan sipnosis "Black Widow" dalam "Program Galakan Membaca" punye buku ringkasan, sampai cikgu panggil and tanya mana aku dapat buku tu. Lebih kurang camnilah bunyinya:"

"Ayu adalah seorang anak luar nikah, hasil hubungan sulit ibunya dengan seorang pemuda bernama Agus..."

Hehe. 24-8=16. so dah 16 tahun la aku baca novel. Hehe. Novel Melayu tau. Ala, yang jiwang² tu, yang tebal² tu. Aku rasa kalau aku simpan semua buku yang aku baca, dah leh bukak library dah ape ke. Hauhuahua...

Masa skolah dulu pun aku slalu ponteng sebab nak lepak library. Masa darjah 3-4, masa lepas UPSR, masa lepas PMR.. ujung² tahun lepas final exam, time cikgu dah tak masuk kelas. Seksyen yang aku tuju mesti ruangan Fiksyen Melayu. Besh. aku leh duduk sehari suntuk, sampai tamat waktu sekolah. And tabiat tu membawak ke Matrix. Sampai tahap curi buku bawak balek, baca, esok pulang balik. Hehe. Kronik kan?

And dari situ la minat aku menulis mula bercambah. Walaupun aku sekolah sains, then masuk matrix sains, lepas tu tercampak plak ke art school, last² aku balik ke dunia asal aku. Penulisan. Dunia yang sama lama dengan dunia aku yang lagi satu - muzik (err.. minus laa 3-4 tahun, sebab akupun tak ingat aku start nyanyi dulu or membaca dulu. hehe). And berdasarkan situasi dan kondisi diri aku skang ni, rasanya aku akan bertahan cukup lama lagi dalam dunia ni. Hehe.

Sampailah skang ni, aku masih suka pegi kedai buku. And aku akan tuju terus ke seksyen yang satu tu, tanpa ada minat sangat untuk singgah di seksyen yang lain. Hehe. Tak bermakna aku tak suka membaca benda lain, tapi bagi itu adalah cara untuk aku 'escape'. Wayang, 2 jam dah abes (pun aku gila jugak). Muzik lagi la, 5 minit dah settle. Nyanyi lama sangat, jari sakit dah nak petik gitar. Huhuu. Tak bermakna jugak aku ni buta English, tapi aku lebih selesa dengan bahasa ibunda aku, Bahasa Melayu. Bahasa Malaysia. Dah cukup besh. Dah cukup indah aku rasa.

So kalau nak belikan aku novel, belilah novel Melayu ek. Jive tak jive, itu belakang kira. Tebal manapun takpe, aku layan je. Janji jalan cerita besh, and tak banyak sangat kesalahan bahasanya. Penulis yang baik adalah seorang individu yang mampu mengalun kata-katanya mengikut lenggok yang indah, sambil mengekalkan betul letaknya bahasa yang digunakan dalam pengindahan tersebut. Heheh. Novel English? Boleh jugak, tapi sure aku tido bila sampai kat preface. Huhuu...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Suaramu..
gemersik bah buluh perindu
cuba kau lagukan
cuba kau dendangkan
mengisi di ruang kamarku..

Senyummu..
menusuk dan membelai di kalbu
cuba kau ukirkan
cuba kau pamirkan
menjadi hiasan hidupku..

Tiada terkata seindah bahasa
nak kuhuraikan
nak kubelaikan dirimu..

Akan kusyairkan katamu
akan kumadahkan janjimu
menjadi coretan gurindam puisi cinta..

Akan kuukirkan senyummu
akan kulukiskan tawamu
menjadikan sususan warna
potret indah...

:::::::::::credits to ilusi::::::::::::::

Wednesday, October 29, 2008

Sedih Berketawa

Ada orang cakap aku ni tengah heppi. And in fact, hidup aku ni memang heppi je memanjang. Ha ha ha ha ha. Aku gelak je dengar. Heppi lah katakan. Hehe.

Tanpa mahu mengulas lanjut akan kondisi aku yang sebenar, aku nak tanya semua yang ada kat sini. Perlu ke kita tunjuk akan apa yang kita rasa dalam hati, atau simpan saja jangan biar tertumpah dan terus bahagia buat masa yang lebih lama, atau jeruk saja buat kesekian masanya supaya lebih masam dan padu keasidannya?

Perlu ke gelak kuat kuat terbahak bahak sampai meleleh air liur bila saja kita gumbira riang ria? Patut ke menangis berguling selautan air mata nan merambu bila saja kita dihinggap sedih haru sengsara pilu?

Haha. Bagi aku senang je - boleh je tunjuk kalau mahu, dan tak payah tunjuk kalau tak nak. Tak salah pun berkongsi dengan semua. Hak kita, suara kita. Hidup kita. Kita yang mengalaminya. Jadi cocok benarlah kalau kita nak berpesta sekalipun atas kegembiraan watak-watak yang hampir dengan kita, yang menghuni babak babak dalam hidup kita. Kan? Kan? Berkongsilah, saranku.

TA-PI.. seperti biasa, ada tapinya. Hmm.. tak payahlah nak buat presumption or assumption or apa-apa yang sewaktu, bahawa si polan bin si polan ini gembira atas airmukanya yang ceria, atau dia bersedih atas keruh awan mendung di wajahnya. Tak payah. Kalau tak tahu, tanya. Tanya je, "Eh Jojoe.. hepi je? Ada apa-apa ke?" atau "Eh Jojoe.. nampak macam sedih je? Ko ok ke?"...

Nah.. kan senang. Drama swasta pun banyak untuk dijadikan rujukan, kalau saja ada antara kalian yang tak pasti dialog apa yang perlu dilontar bila mana hendak melakukan kerja 'bertanya' itu. Simple je. Tak payahla terus nak judge "Alaa.. tu dia tengah sedih le tu.. gaduh dengan awek le tu..." or "Tu hepi sebab nak kawen le tu...".

Takkan mati nye bertanya. Tanyalah. I'm an open person. In fact, I'm more open than an opened see-thru glass bottle. Kadang-kadang tanpa bertanya pun aku akan bercerita, tapi memilih la jugak orang yang nak aku perceritakan tu. So, silalah bertanya, ya? Pandai...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Perjalanan ini
terasa sangat menyedihkan
sayang engkau tak duduk
di sampingku kawan
banyak cerita

yang mestinya kau saksikan
di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
dihempas batu jalanan
hati tergetar menatap
kering rerumputan
perjalanan ini
pun seperti jadi saksi
gembala kecil menangis sedih..

Kawan coba dengar apa jawabnya
ketika dia kutanya mengapa
bapak ibunya tlah lama mati
ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
kukhabarkan semuanya
kepada karang kepada ombak
kepada matahari
tetapi semua diam
tetapi semua bisu
tinggal aku sendiri
terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
mengapa di tanahku terjadi bencana
mungkin Tuhan mulai bosan
melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga
dengan dosa dosa

Atau alam mulai enggan
bersahabat dengan kita
coba kita bertanya pada
rumput yang bergoyang...

:::::::::::::::credits to ebiet g ade::::::::::::::::::::

Sunday, October 19, 2008

Tak Tau Laa...

Kalau ikut hati, mahu saja aku hilang.
plink! hilang macam belon.
tapi kalau aku hilang, sapa nak jaga Perempuan aku?
alahai.. takleh hilang rupanya aku ni.
tak jadilah ikut hati.
ikut hati, mati.. orang tua-tua yang cakap.

Kalau ikut rasa, mahu saja aku lari.
zuppp! berdesup perginye.
jauh ke Kayu Hitam.
eh tak best.
alang alang lari biarlah sampai ujung dunia.
eh.. tapi nak ke Perempuan aku ikut?
ah.. tak jadilah lari, buat penat je.
ikut rasa binasa.. orang tua-tua jugak yang kata.

Abih tu, aku nak ikut apa?
ikut akal?
masalahnya, akal aku dah fully booked, untuk 2 bulan ni at least.
24-7. setiap hari, sepanjang minggu.
hmm.. terpaksa laa tunggu bulan 1 untuk ikut akal.
aduhai.. lambat lagi...

"Tak tau laa budak-budak oii", kata Perempuan aku...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Perempuan
ku bicarakan tentangmu
tentang duniamu yang tersendiri
jasa peranan hidup ini..

Engkaulah bunga
melahirkan insan di dunia sayang
sebagai lambang hidup
yang suci dan murni..

Perempuan
teman adam kesepian
kaulah ibu kau kekasih hati
anak kemanjaan kami..

Pengorbananmu
tak perlu dipertikaikan sayang
mendidik dan membela kami
hingga dewasa..

Perempuan
kau penawar kau peracun hati
kaulah pahit kaulah manis
gelombang hidup ini
oh..

Perempuan
berhati hatilah dirimu sayang
hargai penghormatan diri
yang diberi...

::::::::::::::credits to ito&blues gang::::::::::::::

Sunday, October 12, 2008

Sepit

Aku tersepit
tersepit aku di tengah tengah
disepit antara kiri dan kanan
menyepit sendiri angkara salah kaki di langkahan..

Tersepit masih, belum pun lepas bebas
antara bebas dan lepas atau lepas dan nahas
jalan kaki pergi atau pergi kaki jalan
lepas tangan atau melepaskan tangan
menarik kata terlontar atau melontar kata menarik
air liur digumam atau hijau gelema yang ditelan, perit..

Tolong aku, aku dah serik
letih penat lelah peluh memercik
bukan peluh saja lagi tapi hampir semuanya
kering sudah tak tinggal pun aku apa apa..

Tolong aku, aku dah faham
tapi berat haram susah nak hadam
bimbang tercekik langsung sangkut di tenggorok masam
dan langsung nanti tersepit aku kembali
disepit balik angkara langkah kaki tadi
antara lepas bebas atau langsung nahas dan mati..

Ah! Putuskan semuanya pinta aku tak mati
sedapat detik pendek mudahan aku berhati
soal hati bukan untuk kita bentangkan
tiada premis hujah untuk kita menangkan
kusedar tak patut, tapi patut kulakukan
harapku kuat, takkan kelam detik berikutan...

p/s : Moga kita kuat, sekuat yang dipinta...

Friday, October 10, 2008

Waris Jari Hantu

I have no doubt dari mana aku warisi bakat seni suara aku (seni ke...)..
Tapi baru beberapa jam yang lalu, akhirnya aku dapat tau jugak dari mana aku mewarisi bakat menulis aku ni.. huhuu...

Aku and Kakchik, disertai juga kemudiannya oleh Angah dan Ayah, menyelongkar gambar-gambar lama untuk di'scan'. Tetiba aku jumpa yang ni.. huhuu...



What? Tak nampak? Aiyoo.. klik kat situ laa, kasik besar..
Degil aaa..
Yelah yelah, aku taip balik.. grr...

:: Lots of Love ::

Potret Kenangan
Tanda Persahabatan
Kenang dia .... bila Rindu
Ketepikan ......... bila jemu
Jangan di - buang
Jangan pula di - apa²kan.
Ketenangan wajah - nya
Betapa tidak tenang hati - nya,
Kasihani - lah dia ya ?.

"ALLAH MAHA BESAR "
...........................................

Love,
Mohaliyus

Pulau Pinang
12th April 1970


Benda ni tertulis di belakang sekeping gambar.. gambar Abah. Yang ni..



Ensem kan?
Err.. jangan tanya aku apa², tobat aku memang tak tau. Paham pun tak.

Apa kena mengena 'kasihanilah dia' dengan 'Allah Maha Besar' tu pun aku tak tau.
Owh ya.. MOHALIYUS stands for Mohd Ali Yusoff..
Itu pun aku tak paham. Sejak bila Abah ada Mohd?
While Izah stands for.. err.. Azizah...

Hurm.. aku tak sure sama ada mama dah penah tengok gambar ni.
And tak sure tak jugak nak tunjuk kat mama or tak..
Err.. tak kot ek?
Huhuu..

p/s : Iman tak dapat diwarisi.. dari seorang ayah yang bertakwa.. ayat power boleyyy..
Like Father Like Son, ey? Damn true.. huhuu...

Monday, September 15, 2008

Main Kawen Kawen

Err.. Pada mulanya aku hanya berniat nak membaca nak menggelakkan, tapi last² ada plak nama aku. Dan sebenarnya aku nak tulis benda laen, tetapi memandangkan ada seorang malaun ni membuat permintaan, maka aku pun tulis la yang ini. Owqait Encik Mohd Faiz.. saye pon dah buat. Huhuu...

1. how old are you?
:: 23 tahun 10 bulan.

2. are you single?
:: maaf, sudah berpunya.

3. in what age do you think you’ll get married?
:: kalau ikut target aku, menjelang usiaku 28 tahun, paling awal.

4. do you think you’ll be marrying the person you are with now?
:: amiin...

5. if not, who do you want to marry?
:: jojo struys. itupun kalau dia nak peluk islam la.

6. do you want a garden/beach wedding, or the traditional wedding?
:: tradisi kita sudah cukup cantik, rasaku.

7. your ideal motif?
:: er.. itam merah can aa?

8. where do you plan to go on a honeymoon?
:: around the world in 80 days. heheh.

9. how many guests do you think you’ll invite?
:: ari tu abang panggil berapa tah.. jap nak kira...

10. do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
:: sederhana. wasatiah, kata ustazah hafsah.

11. do you want the traditional vows or something you’d make up on your own??
:: thru song.. can aa?

12. how many layers of cake do you want to have?
:: ikut la berapa tingkat deme nak sponsor. hauhuahua. tapi banyak²pun pengantin makan sesuap je kan.

13. do you prefer having your reception at a hotel or at a simple place?
:: rumah. wajib.

14. when do you want to get married, evening or morning?
:: thruout the day, bebeh...

15. you’d rather have your reception outdoors or indoors?
:: tiru pa'it - both. hahah.

16. do you like a grand entrance for your groom?
:: anak gajah sekor. hang tuah lima bersaudara. red carpet with ryan seacrest. meriam 20. nafiri. tu je kot.

(Yalah.. mana number 17???)

18. name the song/tune you’d like played at your wedding??
:: typical kenduri songs. oh ya.. my own song (yang masih tak siap² sejak 100 tahun yang lampau), plus 'kasih ibu' for mama. heheh.

19. are you a morning person or a night person?
:: nite. and even noon, sometimes. heheh.

20. do you want a solemn ceremony or a light one?
:: lite and easy bebeh.

21. what age do you want to get married?
:: ini macam nombot 3 je...

22. describe your ideal husband/wife.
:: she is as lucky as i am to have her, vice versa. my lucky one, nama pun kan...

23. do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
:: yelah ye.. fork tu untuk cucuk mata aku, knife untuk sunat aku sekali gi. nak mamposss.. pakai tangan dah le...

24. champagne or red wine?
:: neither. haram + mahal. air sarbat kan dah cukup sedap.

25. honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
:: tengok keadaan. kalau masa tu aku dah kerja dengan company BAPAK aku, malam tu jugak aku bertolak! hauhuahua...

26. money or household item?
:: money, of coz. households kang diorang bagi yang bunga². ewww...

27. who will pay for the bills?
:: me, of coz. she'll handle the meals & amusement. boleh dear? heheh.

28. are you ready for married life?
:: refer to number 3 & 21. sama je jugak! grrr...

29. do u think you will still be a virgin until u get married?
:: have i any choice? hauhuahua...

30. will u always be true to your wife/husband?
:: er.. we did talk about vows just now, rite?

31. how many kids do u like?
:: let HIM decide on this.

32. a new house for a newly wed or an old one?
:: depends on company BAPAK aku punya ekonomi masa tue.

33. will u celebrate silver wedding, gold wedding, or diamond wedding?
:: tobat tak paham.

34. what kind of cuisine would u like for ur wedding?
:: japanese.. ii desu ka?

35. will u record ur honeymoon in a cd or dvd?
:: probably, but not all parts of it kan? heheh.

36. whose wedding plans would you like to know next?
:: silakan, encik mohd khairul ameer, mohd amirul faiz dan mohd zuraidi daud.
('-^)

Tuesday, September 9, 2008

Kepulangan Yang Dinanti

Semalam aku berbuka kat Thai Thai. Hmm.. best gak, though I tend to love Thai Express more actually. Hehe. Alah.. lebih kurang sama je rasanya.. err.. dan harganya. Hehe. Everything's ok. Takde yang terlebih nor terkurang pun. Siap ada sawadikaa masa masuk kedai dia tuh. Thai abes laa kununnya. Hauhuahua...

Memula tu ok dah - the ambience and things.. tapi aku mula rasa pelik bila dengar lagu² dia pasang suma ala² latino samba. Hurm. And then, bertambah pelik bila dia start pasang lagu raya. We were like "Isn't it just the 9th day..?".. Ah, gasaklah. Aku memang melayan je bila dengar lagu raya. Tapi dalam hati aku berharap, janganlah dia pasang lagu yang satu ni. And u know what - they did play it! Nak tau lagu apa dia pasang? *Sigh...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Bergema suara takbir di angkasa
selembut bayu meresap ke dalam jiwa
betapa hatimu terharu
menyambut anakmu kembali

Terbayang senyuman di wajah nan sepi
pulangnya anakmu di pagi yang murni
kasihmu seharum kasturi
melambai anakmu kembali

Dalam dakapan keheningan maya
pertemuan yang menyentuh di jiwa
sekian lamanya terpisah
harapan kini menjadi nyata

Kiranya perpisahan terjadi lagi
anakmu pergi mencurahkan bakti
doamu teriring selalu
semoga bertemu kembali

Pulanglah di hari raya
begitulah harapan ayahanda...

:::::::::::credits to aman shah::::::::::::

Damn it's gonna be the toughest raya ever.
Al Fatihah.

Monday, September 8, 2008

ADIK : Reunited

Ini adikku.
Ya, adik aku.
Aku jumpa dia semalam, after almost 7 years.
Owh.. aku ada gak jumpa dia somewhere around 2004, tapi tu tak dikira sebab tak sampai half an hour pun. Accidentally. Masa tu aku tengah merewang kat Central Square, sementara menunggu Mimie si budak busyuk. Masa tu laa aku jumpa dia. Dia dengan kawan-kawan dia masa tu. Budak Mat Jiwa. Outing, biasak laa.. Huhuu...

Aku kenal budak ni masa aku form 5. Dia form 1.
Kecik je dia masa tu. Dengan tocang, and lesung pipit.
Heheh. Kiut, macam aku jugak.
Aku kenal sebab masa tu dia nak masuk pertandingan nyanyi apa tah, pakcik Rosli panggil aku tolong tengok-tengok. Haha. Ada ke tengok orang nyanyi. Orang nyanyi kan kuar bunyi, so kena la 'dengar'. Kan? Kan? And dia rasmi jadi adik aku dalam tahun tu jugak. Dan aku tiba-tiba ada adik perempuan. Huhuu...

We've lost contact since 2006, for some depressing causes. Huhuu. Masa tu dia form 5. Last thing I know about her adalah tentang dia masuk ke sebuah sekolah menengah (yang namanya bermula dengan 'Kolej') di utara Kedah. Ambik form 6. Dia tak dapat masuk matrix sebab nama dia yang agak kecinaan, walaupun memegang status bumiputera yang sah. Ada jugak aku ambik inisiatif mengong dengan cara surfing thru net, dan dapat jugak laa aku tau yang dia sempat bergelar Johan Pidato' Kedah. Walaupun takde kena mengena dengan aku, tapi aku bangga gak aa.. Haha tah papa kan...

Terkini - kitorang 'jumpa balik' around 2 weeks ago. Huhuu. Adik aku dah besar. Dah 20 tahun umur dia. Baru genap 20 tahun beberapa hari yang lalu. Seminggu yang lalu. Dan kini sedang menuntut di sebuah institusi perguruan di ibu kota, sebelum berlepas ke Australia 2 tahun lagi. Huhuu. Tapi yang membuat aku terharu adalah adik aku tetap adik aku. Macam mana aku 'tinggal' dia 7 tahun lalu, macam tu jugaklah dia. Happy sepanjang masa, dan kadang-kadang dia cenderung untuk jadi 'hyper'. Heheh.

Tapi itulah.. Can never imagine macam mana dia nak mengajar budak sekolah, kalau dia sendiri pun tak jauh beza dengan diorang. Huhuu.

What ever you do - my prayers will always be with you, my lil one...

p/s : Aku happy. Hampir jadi hyper. Heheh. Owh. Happy birthday to someone yang juga aku dah tak jumpa sejak 6 tahun setengah yang lalu. ('-^)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Adikku muda remaja
awasi bila melangkah
wajahmu manis bak gula
pasti ramai kan tergoda
tidak dilarang kau bersuka
asal tahu kan batasnya
jangan sampai adik terlupa
harapan dan cita cita

Ibu dan ayah menaruh harapan
agar kau berjaya di hari kemudian

Bila tiba waktu petang
dari sekolah kau pulang
bergalas buku di pinggang
siapa lihat tertawan
adik masih bersekolah
awas segala dugaan
adik kan ambil ambil periksa
agar senang masa depan

Tumpukan perhatian dengan sepenuhnya
serahkan selainnya kepada Yang Esa...

:::::::credits to sudirman hj arshad:::::::::

Tuesday, September 2, 2008

Hidup Mesti Terus

Aku baru je lepas membaca.. or lebih tepat lagi mengimbas, aku rasa. Membaca blog lama aku. http://jojoeali.blog.friendster.com/. Haha. Rajin tul aku menulis masa tu. Macam-macam cerita jugak yang kuar. Aku bagi diri aku sendiri 4.5 bintang. Hehe.

Tapi nape skang ni aku dah jarang menulis? And bila aku menulis, kebanyakan hasil tulisan tu aku sendiri pun tak suka. Tak senang. Adakah ini menunjukkan jasadku mula kehilangan jiwanya? Atau sekadar hormon yang memenuhi rongga jasadku - petanda usiaku makin bertambah?

Mungkin. Segalanya mungkin, kata Zainal Abidin dalam Headwind. Heh. Tuntas aku terfikir - apa yang membuat aku semakin hilang? Cara hidupku? Kerja buatku? Pekerjaanku? Entah. Macam aku katakan tadi - MUNGKIN.

Atau aku sama saja semacam sesetengah golongan manusia - terlalu asyik mengikat diri dengan hidup lampauku? Tak sedia untuk mengalih bontot dan melangkah bersama perubahan dalam babak hidupku?

Oit Jojoe.. bangun la weh.. terlalu lama menyinggah di lipatan kenangan, takut nanti lama-lama tangan takkan mampu menguak halaman-halaman baru yang menimpa. Kan? hidup mesti terus.. hidup mesti terus, bro...

p/s : Gila, cakap sorang sorang.. sian aku.

Sunday, August 31, 2008

Al Mubarak

"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Selamat datang, al Mubarak. Wah.. tup tap tup tap dah masuk bulan posa balik dah rupanya ek. Huhuu. Kejap sangat je aku rasa. Rasa cam baru je ari tu aku raya. Hahaha. Hmm.. selamat berpuasa buat semua yang berpuasa. Penuh lagilah ibadat puasa kita sebulan lagi tahun ni hendaknya. Amiin...

Owh.. sebelum aku terlupa, aku ada TRIVIA untuk bulan puasa tahun ni. Dengan bangganya aku mengumumkan bahawa tahun 2008 ni adalah kali pertama aku menyambut Awal Ramadhan @ first day puasa di rumah aku bersama family aku sejak tahun 2000! Hahaha.. kenapa jadi begitu? Mari kita imbas kembali, tuan tuan dan puan puan...

Puasa di sekolah memang best. 3 benda yang paling best bagi aku - firstly, pelita. Pelita tu anjuran Kelab IA, di mana keahlian kelab tu hanya dibuka 2 tahun sekali (akupun tak tau sebab apa dan bila tradisi tu diwujudkan). Maknanya, hanya batch SPM 97, 99, 2001 dan yang berangka ganjil sajalah yang diterima. Haha. Tapi aku pun tak berapa ingat, tahun bila sebnarnya yang batch aku diterima masuk - masa form 1 ke form 2 tah? Takpe, anggap je form 1. Hehe. Tugasnya senang je - budak² form 3 akan buat pelita tu (dari tin dan tiang kayu), and pacak di seluruh sekolah. Then, tugas² budak form 1 cam aku ni adalah menyalakan pelita tersebut. Hehe. Besh.. besh.. memang syahdu ah.

Secondly - songs request. Petang², lebih kurang time Asar (sepatutnya waktu riadah, tapi dilonggarkan; boleh jalan-jalan keliling sekolah atau just lepak kat dorm kot kalau tak silap), senior² akan bukak peluang request lagu raya (guna PA system kat DM, leh dengar satu sekolah). Bagi budak² junior cam aku ni, seriuslah sedih. First time dowh jauh dengan family. Haha sungguh kurang bijaknya aku masa tuh kan?

Thirdly - meriam tanah. Haha. Ini senior² aku yang main. Kitorang just tengok dari atas, dari dorm masing². Macam² bunyi ada. Ada yang menggegarkan satu bandar SP, ada yang just bunyi "kelepek!" je. Hauhuahua...

Waktu berbuka puasa. Hmm..
Masa form 1 aku tak berapa ingat. Masa tu makan belum brapa best gik, sebab kontrak belum masuk. Makan stil makcik library tu yang masak. Hehe. Dalam kul 7 or 6.30 ke atas camtu, aku n kawan² dah pun ready kat depan Dewan Makan @ DM tuh, dengan Baju Melayu putih penuh. Ada yang kalut pegi kantin, kununnya nak beli telur goreng or lauk pauk yang sedap (actually sedikit je sedapnya dari lauk DM). Then, solat terawih kat surau lama kat tingkat 3 (yang selepas tu dijadikan bilik bacaan, dan kini rasaya dah jadi sebuah dorm). Sekumpulan daripada AJK Biro Agama, bersama sekumpulan pelajar lelaki senior akan pegi untuk mengepalai solat terawih di ASPURI. Yang nyatanya, aku tak sempat nak join (sebab surau baru dah siap dalam tahun tu jugak - aku tak sempat nak jadi senior!)...

Form 2 pun lebih kurang sama, tapi nasik dah sedap sikit (sikit jelah). Form 3 - ada kelainan. Semua kena makan dalam kumpulan. Akupun dah tak ingat macam mana pembahagian kumpulan tu. Yang aku ingat, ada campur laki dan pompuan. Makan hidang, tak makan buffet dah. Setiap hari, kumpulan yang sama akan duduk di meja yang sama dengan orang yang sama. Hehe. Dan itulah tahun terakhir kita menyambut Ramadhan di sekolah, sebab bila naik form 4, dah tak sempat berpuasa kat sekolah dah, sebab by the time masuk je bulan puasa, mesti sekolah pun dah abis. Huhuu...

Tapi aku tetap sempat puasa di sekolah pada kelima-lima tahun, sebab masa form 4 aku sempat spend seminggu kat sekolah untuk Japanese Proficency Test. Ada 7 orang masa tu - aku, Abg Man, Lanz Shah, Ari, Awis, Ryan and Hasrul. Haha. Then masa form 5, of coz la.. SPM kan!

Tapi dalam 5 tahun tu, hanya masa form 5 aku sambut 1st day puasa di sekolah. Sebelum² tu aku mulakan bulan puasa kat rumah. And rupa-rupanya kali pertama aku tuh berlanjutan sampailah tahun ini.

2001 - SPM, sambut Awal Ramadhan kat sekolah
2002 - Matriks, sambut kat Kolej
2003 - sambut kat UNIMAS
2004 - masih kat UNIMAS, walaupun raya kat rumah
2005 - UNIMAS jugak
2006 - kerja; sambut kat KL
2007 - kerja jugak; buat ANGKASA1

Best kan? Kan? Lebih best lagi, family aku semua ada tahun ni - Aku, Abang, Keklin and Mama. Tok pun ada sekali. Cuma.. seorang je takde. And first time orang tu takde, dan takkan ada dah untuk mana-mana Ramadhan pun lepas ni. Hurm..

So, selamat berpuasalah ye. Jangan ponteng tau. Kepada yang boleh ponteng tu plak, jaga²lah. Jangan menayang plak kome tu leh makan ye. Tak manis kata adat, makruh kata agama. Okaylah. Aku nak gi kedai ni. Mama nak buat koey teow tom yam untuk berbuka ari ni. Erk.. mana plak kertas shop list mama tadi. Alamerk...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Pesta beribadah telahpun bermula
bersama tibanya Ramadhan yang mulia
rahmat Allah melimpah untuk semua hamba Nya
nikmat Allah mengalir mencurah curah

Meriahkan Ramadhan ini dengan beribadah
tingkatkan amal dan mujahaddah
banyakkanlah berzikir dan baca Al Quran
muhasabah dan sucikan hati

Seluruh anggota kita semua ada peranannya
perlu dijaga di setiap tindakan
hati yang telah bersih dan berakhlak mulia
di sisi Allah tinggi nilainya

Jagalah lidah dan tutur kata
jangan sampai mengumpat dan berkata kata dusta
pelihara mata dan jagalah telinga
agar berbuat yang diredhai Allah

Langkahkan kaki menuju kebaikan
jangan melangkah ke arah kejahatan dan maksiat
jika terhumban kekancah kehinaan
di dunia lagi beroleh pembalasan
puasa sekadar lapar dan dahaga...

:::::::::::credits to nadamurni:::::::::::::

Wednesday, August 20, 2008

Walimatul Urus.

Rumah aku dah mula meriah minggu ini, dan akan membawa ke minggu depan. Eh rilek.. rilek.. bukan aku, tapi ABANG aku yang nak kahwin. Esok, Jumaat 22 Ogos, akad nikah akan berlangsung pagi. Di masjid mana? Hehe aku sendiri pun tak sure sebnarnya...

Abang bertemu jodoh dengan buah hatinya sejak 12 tahun lalu. Yup, people came and go in his life since then, but jodoh is jodoh. Lepas putus, gaduh, baik baik, gaduh, putus, last² bersatu jugak kedua-duanya.

Jadi bersempena kemeriahan ni, aku nak jemputlah semua kawan aku yang aku kenal - dari zaman sekolah rendah, menganjur ke zaman sekolah menengah, termasuk zaman kolej dan terus ke zaman universiti, datang ke majlis perkahwinan yang julung-julung kali diadakan di rumah aku ni. Tak lupa jugak kawan-kawan dari zaman aku freelance dulu, serta kawan-kawan sekarang ni - zaman ASTRO. Tak larat laa nak sebut nama, so just datang kay. Tak tau rumah, call je. Phone aku on 24 jam. Insya-Allah.

Tengah-tengah meriah ni lah yang buat aku (dan aku pasti bukan aku saja) terkenangkan arwah. Arwah dah lama merancang untuk hari bertuah ni, tapi janji Dia yang sampai dulu. Takpelah. Aku pasti dia tengah meninjau dari sesuatu tempat yang jauh. Pasti sekali.

Ok. Itu saja. Bos, gua chow dulu aa. Nak gi Pudu aa, tiket balik tak beli lagi. Hauhuahua.

p/s : Datang, jangan tak datang. Jangan cakap aku tak jemput - semua yang kenal Baba, Jojoe, Hazaril, Firdaus, Fir, Pidoih, Pid adalah dijemput hadir. Jangan ngengada aa...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
untuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau ada
bila ku perlu untuk meluahkan rasa hati
dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kamu rasa

Siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain
kau mula mendapatkan aku
itulah aku padamu

Cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu
pernahkah kau ada
bila ku perlu
untuk menyatakan rasa sakit dalam diri
dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain
kau mula mendapatkan aku
itulah aku

Maafkan kerana ku tak pernah
terlintas untuk menulis padamu
sedangkan ku tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar
untuk kau melihat ke mataku

Siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain
kau mula mendapatkan aku
itulah aku padamu...


:::::::::::credits to faizal tahir::::::::::::::

Tuesday, August 12, 2008

Ingat 5 Dalam 5


Question 1 : What were the 5 things you doing 5 years ago?
1. Baru sampai UNIMAS
2. Tengah sebuk buat assignment
3. Merangkak belaja design
4. Sebuk dengan BAYU
5. Sebuk blaja cakap Sarawak (kena paksa). Huhuu...

Question 2 : What were the 5 things on your to do list today?
1. Check mailbox yang dah bertapuk - done.
2. Isi ScheduALL
3. Bawak Amir gi umah Abang Alam, watpe tah
4. Pegi dinner dengan FINAS
5. Tengok wayang. Ari ni murah maa...

Question 3 : What are 5 snacks that you enjoy?
1. Kinder Bueno
2. Sama cam Pa'it - Cheezels. Original aa...
3. Keropok ikan - any type.
4. Karipap. Specifically - yang Mama or Njang buat. Yummy!
5. Oh ya.. CHOKI CHOKI!! Nyum nyum...

Question 4 : What are 5 things that you would do if you were a billionaire?
1. Beli rumah - aku sebijik, Mama sebijik, Abang sebijik, Keklin sebijik, Ayah sebijik.. sape gi nak umah? Angkat tangan!
2. Beli kereta - sama gak dengan list kat atas ni...
3. Buat haji - aku, family, bakal isteri, sesapa sedara mara yang belum mampu, and untuk Arwah...
4. Buat masjid - masjid betul tau. Stock investment untuk akhirat. Hehe...
5. Buat masjid - 'masjid' yang satu lagi. Hehehe...

Question 5 : What are 5 jobs you’ve had?
1. Jual kad raya yang Abang design masa sekolah rendah dulu...
2. Tolong Arwah and Abang Sopi jual murtabak lepas PMR...
3. Designer / Marketing Personnel kat SME Pack lepas balik dari Sarawak...
4. Free lance - makan, tidur, design sambil tidur kat umah selama beberapa bulan yang buhsan...
5. Sikalang la. Di sini.

Haa.. sapa kata aku pemalas? DUA ENTRY sehari tau !!!

p/s : BOSS! Aku nak balik.. huhuu...

Aku dan Ibu Tuaku

Aku lihat ibu tua itu
ukir senyum sentiasa
entah riang entah walang
mengengsot hidup berseorang
hanya yang ku mampu
menadah indera menurut temponya..

Aku dengar ibu tua itu
bercerita panjang kisah lamanya
kisah cinta agung dia dan si pesona
aku tahu luar dalam hatinya penuh rindu
kerna sesekali ada wakaf menahan laku
hanya yang ku mampu
memasang cuping penuh setia..

Aku rasa ibu tua itu
getar suaranya ada sendu
tak termampu dia menanggung
namun dikaburinya dengan senandung
senandung hati tua yang sepi
membilang hari yang entah bila akan terhenti
hanya yang ku mampu
mengawal rasa agar tidak dia terasa..

Aku sentuh ibu tua itu
kasar kulitnya kedut seribu
namun seri tak pernah kelam
walau deritanya tak mungkin terkalam
menggagah hidup ribuan rindu dendam
hanya yang ku mampu
menyentuh lembut agar tak tersentuh hatinya..

Aku cium ibu tua itu
dibalas nyaman menyentuh hati
kukucup lagi kedua kali
bekalan buat penenang kalbu
hanya itu yang ku mampu
dan kuharap benar biarlah mampu
menjadi azimat rindu
buat ibu tuaku...

Sunday, August 3, 2008

Hati

Korang penah makan hati tak? Maksud aku, hati betul lah.
Hati haiwan yang boleh dimakan. Ayam, lembu, kambing, kerbau, rusa, arnab, burung.
Hmm.. Sedap kan? Aku asal-asalnya suka gak hati. Tapi memandangkan semakin aku tua aku semakin tak berapa suka makanan yang lekat celah gigi, makanya kesukaan aku terhadap hati semakin kurang.

Mama suka masak hati masak kicap. Sedap. Ada jugak orang just goreng, or bakar. Aku apapun boleh, tapi aku just akan makan seketul je. Tak tambah. Sebab makin banyak aku makan, makin banyak akan lekat celah gigi aku. Oh.. aku masih tak makan kacang, dan baru berjinak-jinak makan jagung. Sebab yang sama - benda-benda tu melekat celah gigi. Haih.

Ustaz dan cikgu cakap, Rasulullah pernah pesan yang makan organ dalaman boleh melembamkan minda. Betul la kot, sebab organ dalaman ni kan untuk proses makanan atau apa saja yang masuk dalam mulut kita? So bayangkanlah apa yang masuk dalam mulut haiwan kan? Tetiba teringat, masa kecik dulu aku pernah termakan bontot ayam, yang penuh pasir. Arwah Abah gelak je.. kejam tul.

Hati paling sedap dimakan ketika panas.
Lagi panas laaaaagi sedap.
So, ada sesapa teringin makan hati aku?

p/s : apa kata pegi duduk kat utan? lagi best. sure takde sape nak TERtengok, and takyah susah2 nak TERperasan jugak kan?

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Janji hati suara cinta sakti
cinta agung dari jiwa ternyala
janji tanah lahir aku cintai
aku rela sama membela

Pengorbanan jangan diluka
khianat janji hilang jasa
ku mencari hati mulia
aku sanjung pencinta bangsa

Usah rajuk jauh hati rindu
nafas lain haluan seketika
aku rayu wira hati sayangku
ini bukan mainan cinta

Pengorbanan jangan diluka
khianat janji hilang jasa
ku mencari hati mulia
aku sanjung pencinta bangsa

Bila janji terlukis indah
usah lagi kau buru cinta
aku serahkan hati asmara ku
kini bebas hati bersatu
oh hati...

::::::::::credits to siti nurhaliza:::::::::

Monday, July 28, 2008

Saja Nak Tulis...

Aku bangun tadi, sebab terjaga dek satu mimpi. Aku tengah bersembang dengan arwah. Aku tanya, "Apa lagi impian yang Abah nak capai dalam hidup ni?".. pastu arwah menjawab, "Abah tak mintak apa dah, cuma nak tengok impian Mama hang tercapai..".. Pastu aku tanya plak kat Mama, and dia pulak jawab "Mama nak pi Terengganu".. durhhh.. apa punya mimpi tah ni. Ok. Nanti aku nak tanya betul², apa Mama punya impian. Spesifik - bukan setakat nak anak² berjaya. Secara materi atau alami, bukan sekadar visi, ok Mama? Ermm.. al-Fatihah untuk Abah. Huhuu...

Oh ya. Aku tengah cari tiket Chelsea - Malaysia malam ni. Ada lagi? Hotline aku dah call dari tadi, engaged. Kedai² berkaitan pun takde orang angkat, maybe tak masuk keja lagi kot. And aku jugak tengah cari sapa² yang sanggup pegi dengan aku, sebab aku nak pakai jersi Malaysia.

Weh.. come one lah.. janganlah takut.. bukan nak mati pun. Paling teruk pun SEPARUH mati. Itupun kalau Chelsea KENA BELASAH. Bak kata cikgu Fizik aku, Encik Achutan Nair - "Siapa lagi nak nyanyi lagu Negaraku kita, kalau kita sendiripun tak mau nyanyi lagu Negaraku kita?". Paham kan?

So.. Ada beran? HAUHUAHUA...

p/s : sila rujuk kamus peribahasa untuk maksud "Ajak Ajak Ayam".

Friday, July 25, 2008

OUTING?

Haha.. sekali lagi blog Pa'it berjaya memberikan aku sedikit inspirasi untuk entry aku yang seterusnya. Hauhuahua.. Jom.. kita cerita pasal KELUAR KE PEKAN PADA HARI SABTU @ OUTING.. here goes...

Masa sekolah dulu, aktiviti yang aku wat masa outing berbeza mengikut tahun. Masa form 1, aku dengan Mush akan pergi makan EXTRA LARGE VALUE MEALS kat McD Central Square hampir tiap minggu. Pastu jalan jalan.. n jalan jalan lagi. Sangatlah buhsannya.. huhuu...

Masa form 2 plak, aku baru akan pegi main DIABLO kat OCEAN @ SP Plaza. Cam besh.. cam beshh.. aku akan kuar sebaik saja dibenarkan (aku dah tak ingat - kul 10 or kul 1 aa time tu?), dan pergi lunch dulu kat salah satu kedai kat situ, makan nasik, then terus melepak kat Ocean tu sampai dekat kul 6. Sejam RM3.50.. so dalam RM14 la aku abiskan setiap minggu untuk main game bodoh tu je. Huhuu.. then aku akan turun ke belakang Ocean, di mana terletaknya stesen bas kecik, terus naik bas Tmn Ria / Tmn Bandar Baru / Tmn Ria Jaya dan turun di depan gate skolah or tepi IKM. Huhuu bila pikir² balik, inipun buhsan jugak!

FORM 3 - aku dah mula kenal apa itu INTERNET! HAHAHA.. ketinggalan rupanya aku nih.. so aktiviti bermain game aku dah ditukar dengan aktiviti chatting! Hauhuahua.. macam besh, dan agak kebodohan jugak rupanya aku time tu.. huhuu...

FORM 4 - aku tak ingat. Ada jamming² sikit dah kot? Bleh sapa² tolong ingatkan aku? Huhuu...

FORM 5 - Hehe.. dating.. dating.. dating.. ngan awek aku masa tu (you know who), and of coz my best-bud. Owh ya.. and my lil bro, si Baihaqky yang budget comey tapi aku lagi comey tuh. HAUHUAHUA...

KOLEJ? Hmm.. Kitorang akan outing bergilir² - Khamis atau Sabtu. Untuk Khamis, leh kuar lepas 2.30 je.. untuk Sabtu, leh kuar dari kul 10am kalau tak silap aku. Gilir² - kalau minggu ni pompuan kuar ari Khamis, budak laki akan kuar ari Sabtu, and vice versa. Tapi ada aku kesah? Tak kira turn sape pun kuar ari Khamis, aku tetap akan 'hilang' sejurus selepas rehat, kira² kul 11. Sebelum kul 12 aku dah ada kat umah, lepak² makan nasik. Then by 2pm aku dah tunggu awek aku masa tu plak (you know who jugak) kat bus stop depan IPK Kulim tuh. Then ari Sabtu, arwah Abah akan antar aku masuk, sambil mengangkat tangan kat Ketua Warden yang tunggu kat gate tu dengan selambanya. HAUHUAHUA HEAVAN!

Itu je kot. Takde idea, pluz nak balik kampung! Ooo balik kampongggggggggggggg Ooo balik kampongggggggggggggg Ooo balik kampongggggggggggggg HATI RIANGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!

p/s : Baca jelah.. layankan aje aku ni. Hauhuahua.

Monday, July 21, 2008

Untuk.. Cukup.

Untuk makan, aku tak perlukan suapan.
Aku cuma perlukan pinggan, biar aku harus merangkak untuk menelan.

Untuk berlari, aku tak payah menyarung jersi.
Aku cuma perlukan kaki, biar hitam dibakar mentari aku tak peduli.

Untuk menyanyi, aku tak perlukan melodi.
Aku hanya perlukan suara, untung untung penuh kantungku dengan syiling semua.

Untuk pandai, aku tak perlukan buku rampai.
Aku hanya perlukan otak, biar kucerna semua yang berguna.

Untuk hidup, aku tak minta payungan di bawah redup.
Cukuplah kudratku, biar berat lembap gerak akanku terus mengheret.

Untuk bertanya, tak perlu tanyakan padaku kenapa.
Cukup dengan fitrahku, aku manusia yang serba ingin tahu.

Untuk menjawab, aku tak perlukan sebab.
Cukup dengan nawaitu, bagus atau tidak terpulanglah pada kamu.

Untuk bertugas, aku tak perlukan ganjaran besi atau kertas.
Cukuplah perintah yang jelas, kerna aku malas untuk melihat kompas.

Untuk menulis, aku tak perlu mengemis.
Cukup dari aksara ke aksara aku meniti, dari awal hidupku hingga matiku nanti.

Wednesday, July 9, 2008

Pulang Ke Asal...

Ari tok aku akan balit ke tempat 'asal' aku. Sik lah tempat asal aku mena², tapi boleh la mun kauw orang mok padah or anggap cam ya. Haha. Tapi cam sik da perasaan aku tok koh. Sik hepi gilak, sik sedeh juak. Ok ok jaklah.

Limak ari aku balit kali tok - paling lamak. nang lamak gilak. Siney aku mok pegi? Sapa aku mok ngagak? Tah.. aku dirik mpun sik tauk. Lum pasti gik. Maybe aku just jalan² rah Kuching. Maybe juak aku akan gatal² pegi ngagak 'org² tuaku' rah bumi Unimas nun. Or maybe juak aku just diam jak gurin rah bilit hotel. Haha.

ERh.. bahsa Sarawak aku masih ok kah? Kenak aku rasa cam dah jaik dikit oo? Huhuu.. nang mena lah kedak apa yang Kak Mona ari ya - miak tok dah murtad dah.. dah sik da bunyik Sarawak gik dah nek tok. Huhuu.. Auk lah. Mek tauk, mek sedar mek tok just miak lepeh jak.. melata rah bumi kitak org.. huhuu.. feeling ndah..

Ya jak lah. kelak balit bok aku ngkah entry baruk, key kitak orang baca, kay? Owqait. Chow lok kek! Hehehe...

Sabarleh dayung, otinku ngelayang
Sabarleh.. sonu okuk jobong...

p/s : wassalam...

Monday, July 7, 2008

WHO WHAT WHERE WHEN?

Takde idea lagik. Tapi takleh tak update, nanti ada orang protes kat SUHAKAM.
So, ciplak lagi la.. hehehe...

1. Do you still watch cartoons?
- yup.. yup...

2. Do you ever dance even if there’s no music playing?
- err.. i only dance when there's no music played. heheh.

3. Is it okay for guys to wear pink?
- err.. err.. up to them. heheh.

4. Have you ever got a speeding ticket?
- nope. i'd rather speed away, hilang trus. sebab kalau kantoi konfrem aku akan dapat banyak tiket, memandangkan aku takde lesen!

5. Last time you got a potrait taken by a photographer?
- masa awal² nak keja sini dulu.. last year i think.

6. Do you like Nike or Adidas?
- NIKE la. Adidas? Baek aku pegi bundle. hehehe...

7. Have you ever won a spelling bee?
- penah! penah! masa darjah 5, dalam klas. heheh.

8. Have you ever cried because you were so happy?
- err.. err.. hehe

9. Do you smell like a million dollar?
- depends, kalau million dollar tu bau macam burger (as what my adik angkat told me)..

10. Are you a big fan of a band? What band is it?
unity band!

11. Do you sound like a rockstar?
- testing.. testing.. yeah yeahhhh!! NO.

12. What car do you drive?
- kelisa. gen2. banyakkk.. semua orang punya!

13. Name one person who always makes you laugh with his/her jokes?
- me'on si sengal hutan.

14. Do you think you’re smart?
- do YOU think i'm smart? heheh.

15. Have you ever seen anybody eaten by a monster?
- yup. ngeri gila. dia makan kepala dulu. mengong!

16. Do you like it when someone you don’t know stares at you?
- awek - ok. mat rempit? tuam je muka dia. heheh.

17. Do you wear your little sister’s pants?
- don't have no lil sista. kalau adapun takkan muat nyer.

18. Who did you last get angry with?
- tak ingat. ariel sharon kot...

19. What is your weapon of choice?
- angin. heheh.

20. Do you keep grudges, or can you let them go easily?
- maafkan je. sian orang tu. tapi make sure dia kena balik dulu, baru dia ingat. heheh.

21. What is one thing you’re suppose to do daily that you haven’t?
- diet.

22. What is the latest you’ve ever woken up?
- 7 pm. huhuu...

23. Name a person you’ve been meaning to contact, but haven’t?
- the list won't fit in here.

24. What is the last lame excuse that you made?
- "owh.. masa tu i kat Paris."

25. How many times did you hit the snooze button on your alarm clock this morning?
- none. tapi tu yang herannya tu, tak bunyi pun. ke memang aku tekan aa? hehehe.

26. Are you a meat eater?
- hell i am.

27. Are you comfortable with your drinking and eating habits?
- sure i am. TA-PI, diorang cakap aku makin 'menjadi'. nape ek? heheh.

28. Do you enjoy candy and sweets?
- yeppah!

29. Which do you prefer: sweets, salty foods or spicy foods?
- sama cam pa'it - salty n spicy.

30. Have you ever looked at a small house pet or child and thought, “lunch”?
- i've said that many times, but never meant them.

31. How many credit cards do you own?
- none. phewww. gotta have one, once i possess my own car. minyak dah mahal maa...

32. If you had a million dollars, what would you do with it?
- this list won't fit in here neither.

33. Would you rather be rich or famous?
- both can aa? hahaha. well, which rich people are not famous aa? tell me.. tell me now!

34. Would you accept a boring job if it meant that you would make megabucks?
- hell i would! heheh.

35. What’s one thing that you have done that you’re most proud of?
- aku leh tebalkan lidah aku, jadik besar. magic woo. try aa...

36. What’s one thing you have done that your parents are most proud of?
- tanya la depa. apparaaa...

37. What thing would you like to accomplish late in your life?
- ketenangan abadi. define it yourselves ya.

38. Do you get annoyed by coming in second place?
- sometimes.

39. Have you ever entered a contest of skill, knowing you were of much higher skill than all the other competitors?
- hahah. check dulu hamper tu ada apa. hehehe.

40. What item of your friends would you most want to have for your own?
- all.. i want it all!!! HAHAHAHAHA...



p/s : tenkiu pa'it... ('-^)

Monday, June 23, 2008

Penantian

Berapa lama mesti kunanti
sinar cahaya matamu
gemerlap bagai bintang
menghiasi malam
malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
lontaran suara dari bibirmu
memecah hening taman
taman syurgawi
pada sebuah hati yang sepi

Penantian.. suatu siksa
yang tidak tertanggung
oleh tubuhku yang kering dan layu

Kepastian.. suatu penawar
dalam suka dan duka
yang meniti hidupku...

Tiba-tiba aku teringatkan lirik lagu ni. Sebabnya? Sebab terdengar dari PC abang Raizal kat belakang ni. Hmm.. rasa²nyalah kan, lagu ni tentang apa ek? Mata siapa? Suara siapa? Hati siapa?

Memanglah - hanya penulisnya yang sebenar tahu amat akan maksud lagu ni, bukan aku. Aku hanya boleh mengagak.. boleh meneka, daripada apa yang aku rasa. Apa yang aku rasa?
Sedih. Sebak. Sayu. Itu saja. Tiada yang lain.. itu saja.

p/s : credits to zubir ali and harmoni.

Friday, June 13, 2008

Seni Dalam Kata.

Aku nak cerita pasal lirik. Bukan 'matanya lirik-lirik selalu' tu.. bukan. Lirik lagu la. Senikata. Korang suka tak lagu tanpa senikata? Ala.. konfrem ada orang akan jawab "suke je..".
Suka ek.. hurmm.. bagi aku 3 tajuk lagu tanpa senikata yang korang suka? He he he...

Senikata memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah lagu. Susah, dan jarang sekali dapat kita dengar seseorang memahami isi kandung sesebuah lagu tu tanpa mendengar senikatanya (kecuali orang tu poyo-poyo paham). Mood mungkin boleh dikesan - lagu ni sedih, lagu tu gembira dan sebagainya, tapi maksud sebenar yang tersirat? Nahi mungkin hei.

Jujurnya, aku bukanlah jenis manusia yang taat sangat pada senikata. 'Taat', maksud aku adalah terus sukakan sesuatu alunan lagu tu jika kata-katanya best. Tak. Tak semua lagu tulisan Allahyarham Rosli Khamis aku suka. Aku jenis yang lebih kepada melodi. Be it lagu Siti Nordiana sekalipun, kalau melodi dia best, LAYANKAN AJE.

TETAPI, aku jugak jenis yang patuh pada senikata. 'Patuh' maksud aku adalah mengikut turutan, aturan dan setiap bait kata yang terkandung dalam sesebuah lagu dengan tepat dan betul. Saya yakin betul, saya kunci. Hehe. Sebab pada aku, itu sajalah tanda penghargaan aku terhadap penulis-penulis lirik bagi lagu-lagu yang aku sukai. Yalah, aku bukan seorang pembeli album jugak, jadi banyak mana sangatlah yang dapat aku sumbangkan untuk naikkan royalti diorang kan? Bak kata Adlin Aman Ramli, penulis lirik tu dah bersusah payah gaduh dengan bini apa sume untuk cari lirik yang terbaik, jadi kita kena la apreciate. So jangan marah kalau aku betulkan lirik lagu yang korang nyanyi ye. Hehehe.

Lirik. Hmm. Aku lebih suka sebut senikata. Macam sedap. Andaikan tubuh badan kita macam lagu, senikata adalah apa yang kita tuturkan. Kalau setakat sign-language, mungkin akan ada orang faham. TA-PI, selalunya orang salah faham je kot. Hahaha. Senikata yang aku suka, tidak semestinya bersimpang siur berputar belit. Asalkan patah katanya indah, rima pantunnya cantik tapi masih boleh aku fahami dengan mudah, itu sudah cukup. Samalah dengan cakap. Cakap kena tersusun. Teratur. Patah kata kena elok, molek, sopan, tapi still tepat dan maksudnya tetap sampai pada orang kita tujukan percakapan tu. Kan? Kan?

KESIMPULANNYA - aku just nak suruh korang tengok satu rancangan ni. Setiap Sabtu dan Ahad, pukul 9 malam, korang tekan je 104 kat ASTRO korang tu. Kalau takde kat umah pun tak kesah, janji kat decorder tu tertulis 1 o 4. Nak tau lebih lanjut? Pergi je blog pengacara dia, link dia ada kat blog aku nih. Hehe. Tengok sampai habes tau. Ada nama aku. HAUHUAHUA gila mencapab aku nih.


p/s : Nampak sangat takde idea.

Thursday, May 22, 2008

Ciplak?

1. last cigarette?
- masa kolej. tak ingat brand apa. yup, i'm not a smoker, tapi bak kata arwah, "try everything, at least once.. so that u’ll know how bad a bad things is for u..".. aku ikut je. Tapi aku takde la gi try semua benda. don't worry, i'm still me. hehehe...

2. last beverage?
- Oxygenizer, sponsorred by apakenamahentah chinese company.. air mineral yang berbotol best...

3. last phone call?
- erm.. jap nak ingat.. owh.. Abang Ujang.. producer Trek Selebriti. Suh recce accomodation untuk cover Stanley kat Kuchig next weekend. yippee goin' back to Cat City of Mine!

4. last text message?
- My Lucky One.. dia sakit kepala n selsema, mintak panadol. huhuu...

5. have you ever dated someone twice?
- of coz lah.. haiyoo.. ingat aku ni player sangat ke...

6. have you ever lost someone?
- err.. need i say more?

7. have you ever slept until 2pm?
- pernah.. my record was 25 hours straight.. huhuu...

8. FOUR things you did in the past three days?
- prepared over 400 lyrics
- double checkin' all the lyrics
- triple checkin' them
- watched MU won European title last nite. hehehe...

9. list FIVE people you can tell pretty much anything to?
- My Lucky One
- my best-bud eva', Siti Hajar Othman
- my Mama, Puan Azizah Othman
- my Abang, Hasrul Lizam Ali
- my Kak Elin, Halimaton Zaharah Ali

10. What is your current annoyance?
- di kala semua orang tengah kelam kabut sibuk menguruskan kerja dan menjalankan tugas bagi memastikan proses rakaman ni berjalan selancar mungkin, ada orang sempat amik gambar bersama jurufoto profesional.. siap solek2 lagi!

11. Name something you CANNOT wait to do?
- to get this recording DONE

12. Did you read a lot when you were a kid?
- yupp.. i sure did. aku ni gila buku cerita. dari cerita budak2 sampai cerita makbapak budak. hehe.

13. And now?
- not anymore. that's why.. *sigh…

14. Do you have a role model?
- used to…

15. What superhero did you always pretend to be as a kid?
- haha.. Gordon Warrior.. tau? ala.. kartun jepun yang hero dia nama Diego tuh, yang robot dia 3 lapis tuh.. hehehe…

16. Favorite Disney movie?
- Bambi. pernah aku sewa tape tu kat kedai video sampai 3 bulan, back to back. yelah, tiap kali return kena renew kalau still nak tengok kan? haha…

17. Do you find cheese amusing?
- sometimes…

18. How do you express yourself?
- singing.. writing.. making faces.. talking…

19. Do you watch anime?
- some.. depends…

20. hate public speaking?
- nope. never a matter for me. in public or not, it’s still about SPEAKING, rite?

21. Hate numbers?
- not exactly.

22. consider yourself an optimist or a pessimist?
- optissimist. hehe.

Well well well.. why is this entry titled so?
Because it is 'ciplaked' from Faiz's blog lor..
HAHAHAHAHAHA...

::::::::::credits to mohd faiz hamsidi:::::::::::

Saturday, May 10, 2008

Buat Seorang Mama...

Lorh.. aku baru je start tulis tajuk, dah rasa nak 'fail' dah.. aduhai..
Yupp.. inilah aku.. dan inilah satu topik yang aku tak pernah dapat tahan - IBU.
Hari ni Hari Ibu. Selamat Hari Ibu buat semua insan yang bergelar ibu di seluruh dunia. Atau seluruh semesta, jika ada. Oh ya - juga buat yang bukan insan. Yang menyalak, yang menyudu, yang terbang dan yang berenang - anda semua juga adalah ibu. Memanglah.. aku maklum sangatlah, anda takkan mampu membaca, apatah lagi faham apa yang aku coret di sini. Buat buat sajalah faham. Huhuu...

Aku dulu taklah macam ni sangat. Zaman kecilku, zaman remajaku, hati aku tak semudah ini tersentuh. Tapi lekak aku mencapai usia dewasa, sensitiviti aku terhadap topik yang satu ni makin menggunung.. maha menggila. Entah sebab apa, aku kurang pasti. Tapi aku selesa dengan rasa ini, kerana ia membuktikan aku masih punya hati.

(Err.. penggunaan 'ia' dalam frasa sebelum ini adalah salah ya, adik-adik. 'Ia' hanya merujuk kepada manusia, juga singkatan bagi 'dia'. Bukan untuk entiti bukan-manusia atau abstrak ya. Faham ya? Bagus...)

Biar aku cerita tentang ibuku. Atau ibu-ibuku, lebih persis. Kenapa 'ibu-ibu' bunyinya? Baca sampai habis ya, kamu. (@#%!^&*%^).

Salah seorang daripada mereka bernama Mak. Tidak kandung, tetapi berkait darah dengan aku. Ya, kalian yang pernah mengunjungi lamanku yang lama (Aku.. Diriku.. Dalam Blogku 1) atau pernah terbaca tulisanku yang bertajuk "Aku Sayang Dia..." pasti maklum kan? Hmm.. Nak tahu besar atau tidaknya pengaruh Mak ke atasku? Ok. Pernah tak kalian terdengar atau tertahu (hehe) tentang pantang "jangan lipat kaki ke atas ketika meniarap, nanti mak mati" ? Dulu kakak aku pernah marah aku buat macam tu (kecil lagi lah, masa tu). Dia kata "jangan buat macam tu, nanti mama mati".. aku selamba menjawab "takpelah", sambil sambung buat lagi macam tu. Kemudian kakak aku kata pula "jangan buat macam tu, nanti mak mati".. Dan terus aku jatuhkan kaki. Huhuu...

Baru sorang - blum cukup untuk menjadi ibu-ibu. Ok. Seterusnya buat ibu-ibu angkatku, Puan Filzah Yusof dan Puan Hajjah Ainon Md Daris - kuucapkan terima kasih atas kesudian 'memperanakkan' seorang HazarilFirdausAli. Dua orang Mama tumpang. Sungguh-sungguh aku berterima kasih.

Hebat kan aku, ramai ibu? Huhuu.. aku mungkin ada ramai ibu, dengan bermacam-macam panggilan dan gelaran. Mungkin akan bertambah ramai pun selepas ni. Tapi bagiku, Mamaku hanya seorang. Here goes...

Hurmm.. Ibu kandungku bernama Mama. Hehe. Nama rasmi beliau Azizah.. bintinya Othman. Hari ini beliau berusia genap 60 tahun 1 bulan 14 hari. Tapi bagiku, Mamaku adalah seorang gadis sunti berusia 16 tahun. Dan ya, masih bujang. Hehe.

Mama seorang wanita yang kuat. Malah wanita yang paling kuat pernah aku temui. Tak pernah hatta sekalipun aku atau sesiapa saja berkesempatan melihat Mama menangis. Sekalipun tidak. Hatta pada saat-saat pemergian arwah ayahnya (Tok Wan aku) wahima arwah suaminya (Abah aku) sekalipun, Mama tetap tenang.. setenang Mama yang aku kenali. Itu satu. Dan doa Mama dapat kurasakan amat-amat-amatlah mustajab. Solatnya tak pernah ditinggal (tak seperti anaknya yang seorang ni). Tetapi masih rock. Banyak yang aku belajar daripadanya - daripada ilmu-ilmu yang berguna hinggalah kepada ilmu-ilmu yang agak rapu (e.g. lirik lagu lama etc.. dan oh ya, Mama minat Riz. Hehe.). Wasatiah - terma yang paling sesuai. Dan satu-satunya impian aku buat masa ini adalah untuk membahagiakan wanita ini. Dan semoga Dia kabulkan impianku yang satu ini. Amin.

Selamat Hari Mama, Mak, Mummy, Umi dan Ibu untuk semua.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Ketika aku dibelai
kasih sayangmu terindah
kau tersenyum bila melihat diri ini

Kini ku telah dewasa
kasih dirimu tak berbelah bagi
hanya pada diriku

Seharum bunga indah
pelukanmu itu sayang
bak awan biru melindungiku

Hanyalah kasihmu yang aku perlu
tiada duanya untuk kubandingkan darimu
hanyalah kasihmu oh ibu
biarlah bersemadi dalam hati
buat selamanya...

::::::::::::credits to burn::::::::::::::::::

Saturday, May 3, 2008

PENGUMUMAN : Atas Nama GEMBIRA

Gembira. Lebih pasti daripada tentu. Kerana apa? Kerana diri aku ini disayangi oleh orang-orang yang amat aku sayang. Sayang yang melimpah ruah. Dan kerana limpahan rasa sayang itu jugalah maka hati aku ini terseru dan terpanggil sekali untuk mengumumkan sesuatu. Harapnya semua menerima pengumuman aku ini, biar apa jua rasa yang bakal terbit pada akhirnya.

Setelah 3 tahun berlalu sepi, maka dengan ini secara rasminya empunya diri mengakui bahawa hati dan jasad yang bernama Hazaril Firdaus Ali ini sudahpun terisi dan dimiliki.
Oleh siapa? Oleh pemilik hatiku, yang tak perlu kurasa untuk disebutkan namanya di sini.
Dan kepada yang memiliki itu, terima kasih kerana sudi memiliki diri ini. Yang sedang membaca entry ini dengan perasaan yang gembira dan terharu untukku - sesungguhnya mereka ini semua temanku, maka dengan itu mereka jugalah yang sememangnya paling layak menjadi saksi..
bahawasanya aku sangat sangat sangat sayang pada kamu.

Dan dengan ini juga, sesungguhnya aku ingin kalian semua tahu bahawasanya tekadku untuk membuat pengumuman ini lahirnya daripada kekuatan yang terbit atas restu daripada semua - atau setidaknya 98% daripada kalian yang mengenali aku. Buktinya? Maklum balas ke atas Sistem Pesanan Ringkasku yang amat menggalakkan tempoh hari. Pada saat aku amat, amat memerlukan kekuatan dan pertolongan daripada orang-orang yang mengaku menyayangiku. Tanpa berlengah. Tanpa soal jawab yang berkajang-kajang. Hanya yang aku tahu, aku telah dihujani jawapan-jawapan yang berbunyi "settled".. or "dah.. jaga anak dara orang baik²" dan banyak lagi yang lebih kurang serupa, tidak lama selepas keperluan atas pertolongan kalian itu aku suarakan. Huhuu.. terima kasih sebesar alam aku beri. Kalianlah sahabat aku yang paling sejati.

Pengumuman ini mungkin menggembirakan banyak pihak, atau mungkin saja mendukacitakan banyak pihak yang lain. Maaf, tetapi ingin saja aku jawab - "Ada aku kisah?"..
Adakah aku patut menggembirakan insan-insan yang tak gembira atas kebahagiaan aku, atau pantas saja aku mengutamakan kegembiraan insan-insan yang selama ini menyayangi dan menyokong aku dalam apa jua urusan dan keputusan? Pilihan kedua lebih nyata, kan? Nah, maka muktamadlah jawapanku. Aku lebih suka menggembirakan orang yang gembira apabila aku gembira. Terutamanya insan yang satu tu.

Tak perlu ditanya mengapa, apa, bagaimana, atau bila ianya berlaku. Jika aku benar-benar ingin menceritakan tentunya sudah aku ceritakan dalam perenggan sebelum ini kan? Hehe.. kalian semua kenal amat aku ni, bukan? Sudah tentu akan kuceritakan juga. Sudah aku janjikan begitu sebelum ini, maka begitu jugalah yang wajar aku lakukan. Cuma masanya bukan pada tika ini, dan sudah semesti tempatnya bukan di gelanggang ini. Faham sangat kan?

Apa yang aku cakap ni? Entah.. yang lainnya aku sendiripun kurang faham, dan kalian pun tak perlulah susah² nak paham, kecuali satu - aku dah berpunya.
Kepada sesiapa juga yang menghantar permohonan sebelum ni - terima kasih berjuta.
Talian AFUNDI telah ditutup.

Sekian. Wassalam...

p/s : Oh ya.. lupa nak bagitau - Abah aku sempat jumpa dia ni. Dan Abah jarang komen, kecuali kalau dia tak suka. Maksudnya? Sekian sekali lagi.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Kau datang bagaikan mimpi
kau hadir tak ku sedari
sekian lama kunanti
kau di sini

Mungkin kehendak Ilahi
segalanya kujalani
biar lelap tidurmu
dipelukku

Cinta ini kupersembahkan
setulus hati kasih
kepadamu

Seandainya engkau mengerti
hanya kau yang kumiliki
dalam hidupku

Kasih sayang ini
semoga abadi
kan kubawa sampai akhir nanti...


:::::::::::credits to misha omar::::::::::::::

Kau begitu sempurna
di mataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan slalu memujamu

Di setiap langkahku
ku kan slalu memikirkan dirimu
tak bisa kubayangkan
hidupku tanpa cintamu

Jangan pernah tinggalkan diriku
takkan mampu kuhadapi semua
hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
kau adalah jantungku
kau adalah hidupku
lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu
sempurna..

Kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikkan kata
dan hapus semua sesalku...

Kau adalah darahku
kau adalah jantungku
kau adalah hidupku
lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu
sempurna...

:::credits to andra and the backbone:::

Wednesday, April 30, 2008

Glorious Glory

Yupp.. the devils made it thru..
And yupp.. I do feel good 'bout it..
Every other devils does..
But he is not around to see how good the devils fought last nite, or even to see them in the final..
Haih...

Monday, April 28, 2008

D.R.E.A.M.S

2-3 hari ni aku asyik mimpi benda yang pelik², melibatkan orang-orang yang rapat dengan aku. Mula² 2 hari lepas. Aku mimpi adik aku si El tu sakit. Sakit yang aku rasa teruk gak la, sebab sampai tahap kena dukung. But the problem is - masa tu tah camna aku berada bersama² orang-orang masjid taman aku, so camna aku nak dukung anak dara orang depan insan-insan kamil sebegini? Tetiba dalam konfusi tersebut, seorang perempuan yang entah dari mana asalnya muncul nak membantu. Ok jelah aku pun. Perempuan itu, yang dalam kelam kabut beliau sendiri, mengenakan tudung (secara kelam kabut jugak) dan mencempung adikku itu masuk ke sebuah van. Dan scene terakhir mimpi aku tuh adalah - aku bersama barisan insan² kamil tu berdiri menghadap laut, dan kaca lensa menunjukkan mereka sedang mengaminkan doa yang dibaca oleh aku! Huhuu.. lepas tu aku terus terjaga, dan terus jugak la aku SMS adikku itu.. dan dijawab dengan rileksnya oleh beliau - "Semua ok je.. baru mangun tido...".. huhuu...

Tak habis kat situ, rupa²nya the next day (malam tadi laa) aku termimpi plak tok and mama aku baru sudah solat.. masih dalam telekung lagi. Mama terus je cakap "Tak tau ka? Pak Andak dah takdak.." pada aku yang tah camna leh termasuk dalam bilik tempat diorang solat tu. Dan kalau tak silap aku, situasi sebenar adalah kereta yang dipandu oleh Pak Andak (adik Mama), yang mana Mama dan Tok adalah penumpangnya, telah mengalami kemalangan. Innalillahi wainna ilaihirajiun...

So.. ada sesapa yang terer tafsir mimpi? Try laa bagitau aku apa makasud kedua² mimpi ni. Bukan nak percaya, tapi besh gak dengar kadang². Hehehe...

p/s : Owh.. sori 'Ain.. takde mimpi tentang 'Ain setakat ni. Hehehe... ('Ain ni office mate aku yang suruh aku tulis pasal dia dalam blog aku. Huhuu..)...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Drea-ea-ea-ea-eam
dream, dream, dream
drea-ea-ea-ea-eam
dream, dream, dream

When I want you in my arms
when I want you and all your charms
whenever I want you
all I have to do is
drea-ea-ea-ea-eam
dream, dream, dream
when I feel blue in the night
and I need you to hold me tight
whenever I want you
all I have to do is
drea-ea-ea-ea-eam

I can make you mine
taste your lips of wine
anytime night or day
only trouble is, gee whiz
I'm dreamin' my life away

I need you so that I could die
I love you so and that is why
whenever I want you
all I have to do is
drea-ea-ea-ea-eam
dream, dream, dream
Drea-ea-ea-ea-eam...

::::::::credits to the everly brothers:::::::::

Tuesday, April 22, 2008

Malaysian vs Dutch

Today i'v decided to write on something useful. If not useful for everyone, at least it'll be useful enough for me. Hurmm..

Every here and there, people are talkin about this one Dutch guy - named Geert Wilders and his so called materpiece titled Fitna, which had offended every single heart of Muslims, all over the world.

And I guess every single one of us with a 'bin' or 'binti' amongst our names should adhere the urge to boycott all products produced or distributed by any Dutch-origin companies.

Yeah.. we should boycott them all.. we really should. In fact, we should boycott anythin from the other allyin-countries to them as well. There's nothin to lose, kan?

Our vehicles will be running still with Petronas.. We have Singer and National TVs (err dah ada ke LCD TV or Plasma brand National?) to watch our very own Akademi Fantasia.. who needs Phillips? We can also breastfeed every one of our kids, or just give them susu lembu or unta (our Nabi pun minum susu unta kay.. masa tu takde Dutch Lady kay.. any argument?). Everything. Everything should be local. Or at least, Asian. Agreed? Good. Alhamdulillah.

Who said we'll die without their products? Blah laa.. kitorang tak yah makan or pakai barang korang la nak idup - orang Belanda mulut busuk!

Eh.. suddenly aku terfikir - this means I should get rid of parts of my DNA also! Shit.

p/s : Think. Act. Judge. Re-act.

Tuesday, April 15, 2008

Sesekali Teringat

Sedar tak sedar, dah pun 50 hari 51 malam berlalu. Namun barunya masih bisa segar kubau.
Doa.. rindu.. ingat.. kenang.. cerita.. lagi apa yang mampu aku buat?
Semoga apa yang mampu kubuat itu cukup untuknya. Hanya itu yang aku harap.

Mama pun dah makin kuat (kot). Dah boleh pergi kubur ari tu. Dan Mama nampak tenang di situ. Setenang tanah kubur yang masih merah tu. Namun sebenarnya tak siapa yang tahu dan paham, kecuali yang empunya diri. Itu aku sedia maklum.

5 Jun 2008. Malam ke-100. Malam Jumaat. InsyaAllah kesemua putera puteri abah yang bertujuh akan berhimpun kembali. Dan insyaAllah jugak kesemuanya akan berhimpun di tanah merah itu, untuk dibubuh tanda padanya. Hari kebumi dulu, Kak Linda tak dapat turut serta. Hanya kami berenam, menyiram air mawar bergilir-gilir mengikut turutan. Dan seperti biasa, aku lah yang last sekali. Hehe.

Dua pohon kemboja yang ada di situ mungkin terpaksa dibuang. Tapi kalau tak payah buang lagi ok kot, redup sikit Abah di situ. Dan juga Tok Wan, Pak Chaq dan Mak yang ada berhampiran.

Thanx untuk semua, sekali lagi. Dan kalau masih hutang Arwah dengan sesiapa, tolonglah jumpa salah seorang daripada kami. Tak kiralah siapa pun. Paling senang, tinggalkan saja mesej di sini, dan nombor telefon. InsyaAllah, aku akan ikhtiarkan. Sungguh sanggup aku bersusah payah deminya, supaya dia tidak bersusah payah di sana.

Untuk kesekian kalinya - doa kupanjat untuknya.
Abah, amanlah abah di sana.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



Di matamu masih tersimpan
selaksa peristiwa
benturan dan hempasan terpahat
di keningmu


Kau nampak tua dan lelah
keringat mencucur deras
namun kau tetap tabah


Meski nafasku kadang tersengal
memikul beban yang main sarat
kau tetap bertahan


Engkau telah mengerti
hitam dan merah jalan ini
keriput tulang pipimu
gambaran perjuangan


Bahumu yang dulu kekar
legam terbakar matahari
kini kurus dan terbungkuk

Namun semangat tak pernah pudar
meski langkahmu kadang gementar
kau tetap setia...

::::::credits to ebiet.g.ade:::::::::

p/s : al-fatihah...

Sakit


"Jika sesiapa di antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban.."

Aku pun tak paham, tapi serasa macam dah jadi satu trend sekarang ni - orang sekeliling, dua keliling dan tiga keliling aku gemar sangat mengungkit. Ungkit itulah.. ungkit inilah.. dan pada masa² camnilah aku rasa aku perlukan sangat robot kucing yang seekor tu. Nak pinjam mesin cahaya masa dia. Nak patah balik ke waktu pengungkit² ni cuba menabur budi yang aku sangkakan ikhlas setulus mulus ghazal untuk rabiah tuh, dan nak cakap straight to their faces, "Kalau bantuan yang tuan hamba hulurkan ni adalah semata-mata supaya boleh diungkit semula pada suatu hari yang tenang nanti, makanya simpan saja bantuan itu. Atau berikan saja bantuan 'ikhlas' tuan hamba itu kepada sang nyamuk.. sekurang-kurangnya hayat makhluk itu tidak lama dan tuan hamba pun tidaklah sempat untuk mengungkit. Kan?"

Dan aku memang jenis yang tidak berapa gemar memberikan komen, jika dan hanya jika letak duduk sesuatu perkara itu sudah mencecah status sahih, terang tanpa dengung. Buat apa? Buat membuang masa emas aku? Fikirlah sikit kot.. sumbangkan sedikit masa emas kalian jugak. Kalau benda dah betul, apa lagi yang aku nak tambah, nak adun? Bukan sengaja aku buat bodoh, tapi memang aku rasa bodoh sangat.. membiarkan diri dibantu, dan kemudiannya terpaksa diam macam batu. Proses ungkitan ni pulak berlaku pada masa-masa yang tak pernah aku jangka. Macam tau tau.. (yalah, sesetengahnya memang tau pun).

Akhirnya aku putuskan untuk tidak lagi meminta bantuan sesiapa. Kalau ada sesiapa yang rasa nak beramal, silalah ke Baitulmal. Sebab HazarilFirdausAli ni dah lelah dengan bantuan yang tidak pernah kenal erti 'ikhlas'. Belajar dulu makna perkataan tu, kemudian datang balik pada aku. Akan kutunjukkan jalan ke Baitulmal yang paling dekat. Titik.

p/s : Tak perlulah sampai menghalalkan. Aku masih mampu menebus apa yang telah aku tumpang pakai, guna dan makan. Cuma penangguhan yang aku minta. Sedikit amat, tetapi itu memang berguna.. pasti.


Monday, April 14, 2008

Hisame

Nomasete kudasai mo sukoshi
konya wa kaeranai kaeritaku nai
dare ga matsuto iu no ano heya de
soyo daremo inai wa ima dewa

Utawanai de kudasai
sono uta wa
wakareta ano hito o omoidasukara
nomeba yakeni namida moroku naru
konna watashi yurushite kudasai

Soto wa fuyu no ame mada yamanu
kono mune o nurasu youni
kasa ga nai wake jya nai keredo
kaeritakunai

Motto you hodo ni
nonde ano hito o
wasuretaikara

Watashi o suteta ano hito o
ima sara kuyan demo shikatanai kedo
miren gokoro kesenu konna yoru
onna hitori nomu sake wabishii

Yotte nanka inai wa naite nai
tabako no kemuri menishimita dakena no
watashi yoeba ieni kaerimasu
anata sonna shimpai shinaide


Soto wa fuyu no ame mada yamanu
kono mune o nurasu youni
kasa ga nai wake jya nai keredo
kaeritakunai

Motto you hodo ni
nonde ano hito o
wasuretaikara..
wasureitaikara...

p/s : wasureitakara ne...